No Anwar, No DAP.

May be an image of 1 person



Ok fine. Pilihan masing-masing. Tapi apa punca yang tak mahu sangat dengan DS Anwar? Sebagai rakyat, apa yang DS Anwar dah buat kepada korang?

Kalau tanya kepada macai UMNO, Cai Bunga dan Walaun, takkan ada seorang pun yang boleh beri jawapan yang jelas kenapa, secara peribadi, mereka benci DS Anwar.

Semuanya sentimen kebencian yang meresap dalam jiwa mereka itu datangnya dari pemimpin mereka. Bukan yang lahir dari hati mereka sendiri.

Ambil contoh aku. Aku benci Mahathir sebab bagi aku dia punca segala kerosakan yang ada pada hari ini. Dan dia juga yang bermulut celupar, selalu kutuk Melayu macam-macam.

Aku benci Najib sebab hutang 1MDB yang dibuat menyebabkan negara kerugian. Hasilnya kita rakyat terpaksa hadapi kesusahan. Hasil negara habis buat bayar hutang yang dibuatnya.

Tapi apa yang DS Anwar dah buat? Tak ada satu pun kerosakan yang berlaku dalam negara ini disebabkan oleh perbuatan DS Anwar. Tiada.

Yang ada, cetusan idea beliau untuk pembentukan Universiti Islam Antarabangsa, penubuhan Bank Islam selain beliau juga Menteri Kewangan paling cekap pernah ada di negara ini. Tak munasabah nak benci DS Anwar atas sebab ini. Kan?

Sentimen kebencian di kalangan pengikut UMNO, PAS dan PPBM hanya terikut-ikut pemimpin mereka sahaja. Sedangkan dalam hati mereka, mereka juga tak pasti kenapa DS Anwar dibenci.

Dan kenapa pemimpin mereka benci DS Anwar? Sebab jika DS Anwar memimpin, beliau tidak akan berkompromi dengan penyelewengan. Sedangkan itu punca rezeki mereka.

Mereka pasti, jika DS Anwar memimpin negara, segala penyelewengan mereka akan terbongkar dan mereka mungkin akan ke penjara.

Atas sebab itu, mereka terpaksa halang DS Anwar naik. Dan caranya ialah dengan mereka-reka cerita palsu bagi menampakkan DS Anwar jahat supaya rakyat menolaknya.

Dan selagi DS Anwar tidak memimpin, selagi itu mereka bebas berbuat apa sahaja termasuklah belanjakan dana negara seperti duit itu mereka yang punya.

Tengok sekarang. Kalau DS Anwar yang jadi PM, bolehkah mangkuk-mangkuk seperti Hadi dan Mahiaddin dapat jawatan? Mana mungkin! Maka sebab itulah mereka benci DS Anwar.

Tapi hari ini... Tengok sendiri apa yang dah terjadi. Mungkin korang, rakyat yang terjejas terus dengan kegagalan kerajaan dulu, yang menyokong PN2.0 dah puas hati.

Korang kata No Anwar, No DAP kan? Sekarang korang dapat Yes PM Gagal, Yes Duta Pantai Timur, Yes kronisme, dan banyak Yes lagi.

Nasib koranglah. Bodoh sangat sampai boleh kena tipu dengan orang bodoh macam pemimpin UMNO PAS dan PPBM tu buat apa. Sekarang hadaplah korang hidup susah.

Raja Gelap