Kenapa makan duit haram budaya Melayu?

 May be an image of 3 people and people standing

(Dari meja ~ Norman Radzuan )

*Gambar sekadar hiasan

Kenapa makan duit haram budaya Melayu?

MELAYU LAGAKNYA MENGALAHKAN ORANG PUTIH

Dunia dan rakyat Malaysia sendiri pelik kenapa negara kita rasuahnya menjadi ‘endamik’ atau menjadi budaya bangsanya. Hingga boleh diangkat sebagai pemimpin. Sedangkan orgnya Melayu agamanya Islam yg sgt melarang rasuah atau mencuri kerana akn dipotong tangan.

Melayu itu kuat penyakit iri hati, sombong, berangan kaya dan mudah lupa diri. Org putih tidak menjajah kita lagi tetapi mereka meninggalkan penjajahan minda. Malah perangai org Melayu lebih teruk dari org putih.

Melayu itu byk belajar sombong dgn penjajah. Mereka mahu jadi seperti gaya JWW Birch. Berduit sikit kena hisap curut atau hisap paip. Bukannya sedap tapi kerana status terbatuk batuk atau menyusahkan tak mengapa.

Melayu dulu2 walaupun kerja hanya sebagai kerani tapi sebab belajar dgn Inggeris…malam minggu ke Kelab Malam. Cari perempuan kabaret sambal minum wiski. Kalau minum air Coca Cola mana ada kelas.

Melayu sekarang baru jadi Pegawai Waran sudah ponteng kerja sebab nak pergi main golf…Sanggup bayar caddy wanita dan lagaknya di atas padang mengalahkan Tan Sri Robert Kok. Sdgkan duit dapur rumah pun isteri yg belikan. Piar papa asal ada gaya.

Melayu skg kenderaan mesti pakai Mercedes atau trend terkini Velfire utk pelihatkan status. Walaupun ada ditahan tgh jalan kerana tidak mampu membayar ansuran.

Melayu kalau hari raya memang raya sakan. Bukan setakat habis beribu ribu utk membeli pakaian tapi sanggup berhabisan beribu ribu ringgit menyewa kereta mewah utk ditayang pada org2 kampung. Bila dilihat kaya maka ramailah kawan kampung ajak melepak dan memuja.

Melayu itu kalau berduit sikit habis ditunjukkan di Intragram atau Tik Tok kemewahan rumah. Pernah tgk Tan Sri Lim Goh Tong, Tan Sri Syed Mothar, Tan Sri Ananda Krishnan menunjuk nunjuk kemewahan mereka?

Melayu bila dpt pangkat sikit, tengahari buta pergi masjid atau keluar makan tak mahu buka tie dan coat. Takut org tak tahu dia berjawatan besar. Kalau tak percaya pergi Putrajaya ramai perangai begitu. Biar bermandi peluh yg penting gaya mesti ada.

Melayu baru ada office atas rumah kedai pun tetap pakai tie and coat sampai malam. Nanti org kata compony cikai. Cuba tgk Mark Zuckerberg dan Tony Fernandez lebih suka pakai round neck shirt. Beza mentaliti kejutan budaya.

Melayu bila kaya sikit mulalah nak kahwin 2-3. Tak kira la yg kaki social atau yg bertopengkan agama…nikah online pun jadi. Duit ada nafsu pun jadi kuat. Kalau yg takut bini sanggup simpan wanita muda. Dapat duit haram apa salah guna duit tu utk perkara haram. Rasuah dan zina perkara biasa pada Melayu.

Wanita Melayu dtg dari kampung selepas belajar paling kurang nak tinggal dkt apartment. Malu tinggal di flat tambah zaman skg posing mesti masuk IG. Jika boleh nak tinggal dkt kondominium di Sri Hartamas. Tak mampu nak bayar kondominium dan kereta BMW terpaksa cari sugar daddy. Yg lelaki cara mudah kaya makan rasuah wanita yg nak hidup senang cara mudah jual maruah. Sebab itu ramai yg tayang dkt IG tapi tiada gambar suami atau teman lelaki takut kena marah.

Melayu kalau org tu fasih berbahasa Inggeris dianggap bijak. Cakap org tu semuanya betul. Org putih tu gardener pun cakap Bahasa Inggeris. Sb itu di luar sana mereka kurang melayani org secara kasta sb bahasa bukan lambang status seperti di negara kita.

Org Melayu masuk Parlimen dtg dgn bodyguard, driver, PA, Setiausaha Politik, Setiausaha Sulit, Setiausaha Akhbar dan segak bertali leher & kot. Di Singapura PM dan Menteri dtg ke Parlimen pakai kemeja je. Begitu juga cara berpakaian Jokowi. Sekali pandang macam peon pejabat. Mereka berpakaian begitu sb cuaca di Asia Tenggara ini panas.

Org Melayu baru merasa jadi Menteri hilang kopiah, tiba2 bersongkok, bertali leher dan berkot…Melayu bab berlagak tak pernah kalah. Perangai Melayu kalau dulu2 mereka panggil mcm 'jakun' kalau skg mereka panggil kejutan budaya.

PM England pernah naik basikal sahaja. Menteri Jerman seorang diri sahaja naik Tube (LRT). PM New Zealand menyambut tetamu di Airport pandu kereta sendirian. Kita baru Menteri2 Kanan bersepah pengawalnya.

Melayu di kalangan lebai jauh berbeza dgn Melayu di zaman Pop Yeh Yeh. Lebai dulu naik basikal atau Honda Kapcai... Lebai skg naik Velfire, iPhone dan PA mesti ada utk jaga status kami lah lebai berstatus selebriti. Ceramah minta bayaran kalahkan artis hanya utk menjual ayat Tuhan. Habis dijualnya kismis, air mineral, doa dan imej jubah serban janggut utk kekayaan.

Melayu yg muda2 ramai menceburi politik nak jawatan, nak pergi kerja segak bertali leher dan berkot, nak dpt projek, nak bergelar Datuk dan mempunyai driver di usia muda. Sebab mereka tahu politik adalah lubuk utk kekayaan. Walaupun di dunia barat politik bukan jalan utk jadi kaya raya tapi anak muda tahu di sini dgn politik walaupun bergelar Pemuda Cawangan mereka boleh jadi jutawan segera.

Sekarang faham wahai Bani Melayu kenapa Melayu makan rasuah@duit haram mcm makan nasi. Jawapannya semuanya sebab Melayu nak tu tunjuk kaya utk mencari kemulian diri di mata manusia. Jangan ditanya tidak takutkah mereka makan duit haram…?

Melayu percaya dgn pergi Umrah setiap tahun dosa2 makan duit haram (duit rakyat) akn diampunkan Tuhan. Tapi mereka lupa agama ini tujuannya maslahah. Bila ia melibatkan dosa peribadi agama ini agak bertolak ansur. Apabila membabitkan dosa dgn org lain Islam bertegas.

Sb itu Rasulullah saw bila org mengadu tentang dosa peribadi baginda suruh pulang. Ada yg mengaku melakukan dosa…Umar yg ada di dlm majlis itu berkata, “Allah telah menutup aib mu kenapa kau membuka aib mu.”

Satu org sahabat mati dlm peperangan. Sahabat2 mengatakan dia mati syahid tapi Rasulullah saw kata tidak. Sebabnya hanya kerana sehelai selendang yg diambilnya (rampasan perang ) tidak dibahagikan dgn betul.

Bayangkan hanya sehelai selendang sahaja lelaki itu masuki neraka. Yg pemimpin atau org2 Melayu yg makan rasuah ratus, ribu, juta dan billion ringgit ini ingat dosa itu boleh dihapuskan begitu sahaja dgn pergi menunaikan umrah....

Melayu Melayu... ajaran yg telah diajar kpd Melayu ialah jgn makan babi, jgn pegang anjing, jgn percaya Cina Dap tapi makan duit haram, main nombor ekor, berzina semua itu pandai makan pandai simpan.


 

No comments: