LEMAH.....KPDNKK PUNYA LA LEMBAB..SAMPAI NAK KENA KEMENTERIAN KEWANGAN MASUK CAMPUR- MASA PH DULU SOQANG SAJA BUAT KERJA.....

 


Kementerian Kewangan akan fikirkan cara stabilkan harga ayam




Kementerian

Kementerian Kewangan akan fikirkan cara stabilkan harga ayam. Kementerian Kewangan akan mencari kaedah terbaik bagi menstabilkan harga ayam di pasaran, termasuk melihat sama ada sistem subsidi kepada penternak perlu dilaksanakan.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kementerian akan berbincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi meneliti secara menyeluruh impak kepada penternak ayam dan pengguna.

“Kerajaan sedar isu harga ayam yang meningkat menjadi rungutan masyarakat. Apa-apa keputusan yang mahu dilaksana perlu dilihat dari segi impak terhadap penternak selain semua pihak terbabit dalam rantaian industri makanan dan yang paling penting sekali adalah impak kepada pengguna, itu adalah keutamaan kerajaan.

“Kita akan bincang lihat dahulu sebelum melaksanakan apa-apa langkah (sistem subsidi) sebabnya saya difahamkan, MAFI menjangkakan kenaikan ini (harga ayam) adalah sementara, berikutan ketidaktentuan apabila kita buka semula ekonomi kita,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat ternakan ikan kelah di Bukit Batu di sini, hari ini.

Kementerian
Minggu lalu, KPDNHEP bercadang melaksanakan sistem subsidi kepada pengusaha ladang ayam terbesar bagi mengawal kenaikan harga ayam di seluruh negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid, dilaporkan berkata subsidi harga itu akan diberikan kepada 20 pengusaha ladang ayam di tiga negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Perak, yang mengeluarkan 80 peratus bekalan ke seluruh negara.

Semalam, Menteri PDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dilaporkan berkata, pihaknya akan membabitkan Kementerian Kewangan dalam mencari penyelesaian yang boleh dilaksanakan kerajaan sebagai langkah proaktif menstabilkan harga ayam untuk jangka masa panjang.

Kenaikan harga ayam dikenal pasti berpunca daripada beberapa faktor termasuk harga makanan ayam yang dikatakan meningkat (komponen makanan ayam seperti jagung dan soya) yang diimport dari luar negara).

Purata harga ayam yang dijual di pasar basah sejak kenaikan harga ayam bermula awal bulan ini ialah pada harga RM9 hingga RM10.50 sekilogram manakala harga paling tinggi dijual pada harga RM11 sekilogram.

No comments: