Jamzuri Ardani
1. PH tidak menyokong sebarang undi tidak percaya kepada PM sehingga parlimen dibubarkan. Saya tidak ada masalah tentang ini kerana kalau PH tolong jatuhkan PM pun, PM yang baru tu nanti bukan boleh dari PH pun. Sebabnya ... ermmm malas nak komen panjang bab ni.
2. PH akan menyokong belanjawan yang dibentangkan oleh kerajaan dalam parlimen. Saya juga tidak ada masalah dalam isu ini sebab tahun lepas, tanpa sebarang MoU pun PH secara umumnya tidak menentang belanjawan pun.
Adapun komitmen PM terhadap PH dalam MoU itu ada 4 perkara utama;
1. Perlaksanaan Undi18 untuk PRU15.
2. Kelulusan RUU Akta Lompat Parti
3. Belanjawan bipartisan.
4. Pengukuhan institusi parlimen.
Secara umumnya dan dari sudut kandungan MoU, ianya adalah suatu yang win-win untuk rakyat dan negara.
Masalah utamanya bagi saya ialah saya tidak percaya kerajaan akan melaksanakan apa yang dijanjikan dalam MoU tersebut.