SEKEH JA KEPALA YANG KATA BAIKI RM 10JUTA TU...BUKAN DIA TAU HAPA KEBENDA PUN- SURUH JA SPRM MASUK CAMPUR TENGOK!!!!!

 

Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia sahkan kos baiki padang Bukit Jalil RM10 juta



Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia sahkan kos baiki padang Bukit Jalil RM10 juta.Kecoh sehari ini apabila TMJ mendedahkan Peja telah menyebutkan kepadanya kos baik pulih padang Stadium Nasional Bukit Jalil mencecah RM10 juta.

Ini menyebabkan TMJ menzahirkan rasa terkejut kerana kos baik pulih padang JDT yang bertaraf dunia itu hanya menelan belanja RM1.4 juta sahaja.

Namun kemudiannya Peja menyatakan TMJ tersalah tafsir yang mengundang rasa kurang senang TMJ kerana merasakan Peja mula tukar cerita.

Namun semakan dapati kosnya memang RM10 juta dan diumumkan oleh Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia sendiri pada bulan Mac yang lepas lagi.

Berikut laporan tersebut :

Stadium Nasional Bukit Jalil di Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC) bakal dinaik taraf dengan menggantikan rumput baharu tidak lama lagi, kata Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Tan Sri Tony Fernandes.

Beliau berkata cadangan yang mendapat persetujuan daripada Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican baru-baru ini akan melibatkan kos RM10 juta.
Projek berkenaan merangkumi penyelenggaraan padang, sistem pengudaraan, sistem saliran, pencahayaan buatan serta latihan kepada penyelia rumput dalam usaha memastikan stadium memiliki padang bertaraf antarabangsa.

Stadium

“Saya harap projek ini akan bermula dalam tempoh tiga bulan dan saya percaya ia akan mengambil masa lebih kurang lapan ke sembilan bulan untuk siap sepenuhnya,” katanya pada sidang media di sini pada Selasa.

Tony hadir pada Majlis Menandatangani Lanjutan Perjanjian antara PSM dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk Stadium Nasional terus menjadi gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya hingga 31 Dis 2025.

Hadir sama Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dan dua timbalan presiden Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S.Sivasundaram.

“Kami menyasarkan untuk menjadikan padang di sini sentiasa diingati, terutama kepada pasukan lawan ketika menentang skuad Harimau Malaya pada masa depan,” menurut Tony.

Sementara itu, Sivasundaram berkata FAM menyambut baik lanjutan perjanjian selama lima tahun yang membolehkan pihaknya melaksanakan pelbagai aktiviti atau program selaras dengan status stadium sebagai “Rumah Harimau Malaya’.

Kali terakhir skuad negara kendalian Tan Cheng Hoe beraksi di Stadium Nasional ialah pada 19 Nov 2019 ketika menewaskan Indonesia 2-0 pada perlawanan kelima Kumpulan G, Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 sebelum aksi berikutnya ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com


No comments: