*UMNO DAN REFORMASI.*



1.UMNO dalam mesyuarat MKT pertama setelah mendapat kembali jawatan PM mengeluar kenyataan mahu menjadi PELOPOR REFORMASI INSTITUSI. 


2.Saya masuk dan keluar UMNO 2 kali.Kali pertama dipecat.Kali kedua keluar atas keputusan sendiri. 


3.Kedua-dua kali saya masuk atas dorongan dan semangat melakukan islah, reformasi. 


4.Kali pertama saya sertai UMNO didorong atas kesungguhan Dato Seri Anwar Ibrahim mahu lakukan reformasi.Semasa menjadi pemangku PM pada tahun 1997 beliau melakukan reformasi atas Akta BPR yang mengancam kepentingan elit rasuah.Setahun selepas itu beliau dipecat. 


5.Kali kedua saya sertai UMNO didorong rencana Tun Abdullah Badawi, PM ketika itu yang mengajak saya membantu beliau membuat penggubalan besar Akta BPR kepada Akta SPRM pada tahun 2008.Setahun selepas itu dia didesak meletakkan jawatan PM. 


6.Saya sendiri tinggalkan kerajaan dan keluar daripada UMNO apabila kes 1MDB mula muncul,meletakkan jawatan dan melakukan saman sivil terhadap seluruh Ahli Lembaga 1MDB. 


7.*Pokoknya, tiada ruang buat reformasi dalam UMNO.Makanya, kenyataan kelmarin UMNO mahu lakukan reformasi institusi adalah kosong dan tidak punya makna apa2.Sekadar MUSLIHAT politik dengan menggunakan perkataan reformasi DEMI KUASA.Bukan DEMI REFORMASI.* 


8.Berhati-hati lah.Baru 3-4 tahun lalu landasan reformasi dipergunakan oleh musuh no1 reformasi sejak 1998 hanya sekadar MUSLIHAT. DEMI KUASA.Bukan DEMI REFORMASI.


MOHAMAD EZAM MOHD NOR 


28 Ogos 2021, 19 Muharam 1443H


No comments: