‘First class’, ‘Legend’ : Lelaki Parodi bersuara emas dicari Sultan Johor

 ‘First class’, ‘Legend’ : Lelaki Parodi bersuara emas dicari Sultan Johor


‘First class’, ‘Legend’ : Lelaki Parodi bersuara emas dicari Sultan Johor.Sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini, ramai rakyat Malaysia yang tampil menunjukkan kreativiti mereka dalam pelbagai cara.

Antara yang selalu kita lihat adalah parodi lagu dengan lirik yang dikaitkan dengan situasi sekarang. Antara yang menyerlah dan berjaya menarik menghiburkan rakyat Malaysia adalah azmannaim44mantra yang pernah viral dengan lagu raya PKP.

Terbaru Azman telah menaikkan satu lagi lagu parodi bertajuk ‘My Sejahtera Way’ dan seperti biasa lirik serta nyanyian yang bersahaja amat menarik untuk kita dengar. Apa yang paling mengejutkan, Sultan Johor turut menitahkan Tunku Mahkota Johor (TMJ) untuk mencari Azman.


First class, Legend – TMJ

Perkara ini dikongsikan TMJ dalam Instagram Story yang memaklumkan telah dititah Sultan Johor untuk mencari pemilik akaun tersebut. TMJ turut memuji Azman ‘First class’ yang pastinya dapat menghiburkan TMJ dan Sultan Johor.

Menjunjung kasih Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Azman yang sedar dirinya sedang dicari Sultan Ibrahim turut memberi maklumbalas terhadap posting TMJ.

Diharapkan agar rakyat Malaysia meneruskan aktiviti seperti azmannaim44mantra kerana sedikit sebanyak ia dapat membantu mengurangkan tekanan kita semua. Apapun, salah siapa semua ini, kau tak dapat vaksin? Haha!