ANWAR IBRAHIM NAK JUAL NEGARA.?



bila anwar Ibrahim tercalon sebagai pm ni, 

aku saja la nak check dia ni punya background mcm mana.. nak tau jugak apa dia punya jasa yg dia pernah buat untuk negara. kenapa org melayu benci sngt dgn dia. aku dengar dia ni kaki bontot, khadam dap. nak jual negara kat cina. mcm2 lagi. aku bkn pro Anwar  tapi just saja2 nak tahu apa yg dia dah buat untuk negara sampai org benci dia sngt ni.? meh kita tngok apa yg dia dah buat. berapa bnyak aset negara dia dah jual kat cina masa dia dalam kabinet dulu.


1. yg sekolah sekitar 70an akan jumpa buku pembelajaran nama tata rakyat.  dalam buku ni ada satu tajuk "mandi safar" org dulu2 bila masuk bulan safar dorg akan buat mandi safar(mandi tolak bala) tempat mandi safar paling top masa tu kat pandai merdeka kedah.. perbuatan ni sebenarnya syirik n khurafat takde dalam hadith, quran pun. 

oleh sebabkan aku tak pernah hidup pada zaman tu, so tanyalah mak mentua aku sebab dia cikgu. untuk dapatkan kesahihan pasai buku ni. ternyata mmg ada tajuk mandi safar dalam buku tu dulu.

insan bertanggung jawab yg padam subjek tu adalah anwar Ibrahim. dia menteri pendidikan pada masa tu yg arahkan untuk padam semua tajuk mandi safar dalam buku pembelajaran tata rakyat ni. bg aku tindakan anwar ni bkn je berjasa pada negera tapi jugak  pada agama.. ini membabitkan akidah. benda mcm ni kalo biar akan jadi amalan dalam masyarakat Melayu. 


2. Memperkasakan sistem perbankan Islam. bank islam yg wujud hari ni hasil dari idea anwar Ibrahim. dan memperkenalkan pinjaman pendidikan tanpa interest.


3. Mengislamisasi pendidikan hingga pakaian menutup aurat mula diamalkan di sekolah2 arus perdana pada era 90an ketika jadi Menteri Pendidikan dan menerapkan aspek Nilai Murni dlm tiap subjek.


4. tertubuhnya University islam antarbangsa hasil idea anwar Ibrahim


5. anwar yg angkat idea pemikir USM hingga lahirnya Amanah Ikhtiar Malaysia dan tekun. yg bnyak membantu org melayu  untuk buat pinjaman perniagaan. sampai skrg masih wujud lagi.


6. Menubuhkan Yayasan Anda, sekolah swasta utk anak2 Melayu kg pada era 70an.


7. anwar pernah dijulang Menteri Kewangan no.2 terbaik Asia.


8. Euro Money Magazine 1993 menobatkan anwar sbg Menteri Kewangan no.5 Terbaik Dunia.


9. Pada 1998 menjadi Menteri Kewangan Malaysia pertama di anugerahi ‘Asian Of The Year’ oleh majalah Asia Week.


10. Sepanjang anwar menjadi Menteri Kewangan, 5 tahun berturut2 Malaysia mencatatkan budget lebihan.


11. Mencetuskan idea SUKMA ketika sebagai menteri belia dan sukan(1983) dan pada 1986 SUKMA pertama lahir.


12. anwar yg wujudkan pasar tani untuk perniaga2 kecil.


kesemuanya masih relevan dan bermanfaat kepada rakyat sampai sekarang.. so?


......


aku sebenarnya lama dah tak aktif berpolitik2 ni. dah lama tinggal. last masa arwah tok guru nik aziz meninggal.. lepas pada tu aku mmg tak ambik tahu dah.. 


tapi itu lah politik. akan sentiasa ada dalam kehidupan kita. suka or tak kita kena hadap.

masing2 ada pendapat sendiri. 


ini pendapat pribadi aku. antara sabri dgn anwar better anwar lagi. kita dah tngok hasil kerja PN 17bulan tadbir negara. adakah kita nak angkat org yg sama tadbir negera lagi dgn sop caca marba..? kita tak pernah bg anwar peluang.. dulu dalam ph dia hanya ahli parlimen biasa. takde dalam kabinet pun.. lagi pun yg ada dalam ph dulu ada dalam pn jugak skrg so apa bezanya??


islam melarang kita menjadi taasub dan ghuluw kenapa pemimpin. yg salah tetap salah.


oklah ni last aku update pasal politik 😜


yg nak kecam sila ke ruang komen😘


No comments: