Pas jadi Menteri Agama, RUU355 kembali bergema.Kita rakyat Malaysia lihat bagaimana menteri ini nak laksanakan.Kalau tidak..makna kata walaun kena bertubi tubi dibohong.

 Pas jadi Menteri Agama, RUU355 kembali bergema


Pas jadi Menteri Agama, RUU355 kembali bergema.Rata-rata rakyat negara ini khususnya umat Islam menaruh harapan begitu tinggi agar pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau dikenali sebagai RUU355 direalisasikan dalam kerajaan baru setelah Menteri Agama diberi kepada Pas.

Ketika Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyyuddin Hassan memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Parlimen dan Undang-undang beliau menegaskan RUU355 bukan keutamaan dan sebab itulah RUU itu tidak dibentangkan.

Pengarah Komunikasi AMANAH Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria berharap peluang kedua diberikan kepada Pas apabila naib presiden parti itu Idris Ahmad dilantik Menteri Agama ianya tidak disia-siakan

“Peluang keemasan untuk Pas bentang RUU355, ketika SUA PAS, Takiyuddin memegang jawatan Menteri JPM (Hal Ehwal Parlimen dan Undang2).

“Peluang itu telah disia-siakan PAS dengan alasan RUU355 bukan keutamaan pada masa 17 bulan itu.

“Kini, Peluang kedua PAS hadir lagi, bila Naib Presiden PAS, Idris dilantik Menteri Agama. Timbalan Menteri Agama, Marzuk dari PAS dikekalkan,” katanya.

Menurut Zaidi, pada 10 Mac 2021 Idris menegaskan Pas masih komited memperjuangkan RUU355.

“Apakah Idris akan melakukannya kali ini?

“Bila mereka bawa usul RUU355 dahulu, mereka tolak mentah-mentah hujah orang lain yang kata RUU355 bukan keutamaan.

“Bahkan mereka naik ke mimbar-mimbar masjid dan berkhutbah, membaca ayat-ayat mengenai orang munafik.

“Mereka tidak sebut nama, tapi terang dan jelas kepada siapa mereka tujukan dan maksudkan. ‘Sangat panas’ ketika itu, mereka begitu berapi-api menghukum orang yang tidak setuju dengan keutamaan mereka sebagai munafik.

“Ini bukan rekaan cerita. Ini sejarah yg benar,” tulisnya di Facebook.

Justeru katanya, Pas tidak boleh gagalm dalam memenuhi gesaan rakyat negara ini apabila peluang keemasan kali kedua yang terbuka kepada Pas.

“Jika kalian terus gagal kali ini, bertaubatlah kalian kerana menghukum orang sebagai munafik akidah suatu masa dulu.

“Jangan salahkan orang lain lagi. Jangan memunafikkan (munafik akidah) orang lain lagi. Orang lain kata bukan keutamaan, dihukum munafik akidah.

“Mereka kata bukan keutamaan, orang bertanya pun dikatakan ‘bisikan syaitan’,” katanya lagi.

Mac 2021, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata kerajaan pusat sudah bersedia untuk dibawa ke rundingan bersama negeri-negeri dan memakumkan satu Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Bil 159 telah berlangsung pada 9 hingga 11 Mac lalu.

RUU355 menjadi agenda utama Pas dalam memperkasakan Mahkamah Syariah sehingga berlakunya satu himpunan di Padang Merbok bagi mendesak kerajaan BN ketika itu melaksanakan RUU355

No comments: