NOTA PANJANG PAGI SABTU Description:




NOJJAH


Bertugas di Stor pagi ni... Nyipe nyipe keluarkan peluh.. brg banyak brabuk, bunga pun nampak kena mandikan dah.. skerat stor penuh dgn bunga.. Sebahagian kecil tak balut dgn plastik...kijoe ore jate , meme tak cakna mana.. Description: 😥

Besi2 , kayu2 , backdrop pelamin bertimbun2 memenuhi stor..Hasil kijoe 24 tahun.. sebahagian dok dlm stor lain di Dewan Beta..

Melihat semua ni, aku mari baso sebak dan sayu... Ini la minat aku selama ini.. yg aku buat sepenuh hati dan dgn rasa penuh kasih sayang..

Dgn kijoe jadi Wedding planner, aku ramai kawan..networking dari seluruh negara, segenap negeri, segala ceruk kapong, segala laluan bandar di klate aku gi..

Di Seluruh Selangor, aku jajak serata Hotel, serata Balai rakyat, srato Dewan Org ramai, segenap perumahan..Aku boleh kenal pelbagai jenis manusia dari peringkat menteri2 di Putrajaya jame tu, hingga ke peringkat tuke sapu ..Aku bertemu customer dr level kayangan ke level marhaen, dari level kaya raya duit bagai pasir, hingga customer peringkat nak makan pun bersisa sen sen ..

Banyak kenangan pahit manis aku lalui.. Semua itu la yg membentuk aku seadanya hari ini..

Maka, kerana pergaulan , krn hubungan perniagaan yg byk bertukar menjadi sahabat, aku mendapat satu jaringan persahbatan yg sgt besar, memungkinkan segala urusan kerja2 kebajikan dan kerja amal aku menjadi lebih mudah .Ramai sahabat yg bersedia membantu bila bila masa saja.. Asal aku oyak je, berebut2 sahabat yg nak membantu..Bukan aku nak menunjuk atau riak..aku catat di sini sbg satu bukti, bagaimana aku mudah mendapat tajaan, sumbangan atas apa saja program yg aku terlibat..

Aku catatkan di sini, sbg bukti bagaimana aku mudah mendapat maklumat ttg apa apa isu..even atas isu2 yg agak ketat pun, kdg dgn mudah aku mendapat maklumat..Tetapi sebahagian besar, tidak la aku buka utk tatapan dlm medsos..Dalam persahabatan, aku sgt ketat menjaga kerahsiaan..Jika dipesan, simpan, simpan la aku sampai ke liang lahad..Jika boleh diwar2kan, tokde 2 saat, aku segera berkongsi jika ia perlu dan bawa manafaat kpd Amanah dan PH..

Oleh krn itu la. Utk kali terakhir, lepas ni aku tak akan sebut lagi hal ni.. Utk kali terakhir, aku menafikan sekeras2nya tuduhan terhadap aku, yg menyatakan aku SB Umno, yg hadir ke dalam Amanah dgn niat yg tidak baik.. Aku tahu di dalam al Quran Allah tidak menggalakkan bersumpah, tetapi dlm hal2 tertentu, ia diharuskan.. Lillahitaalla, aku hanya la manusia biasa, yg kebetulan saja mempunyai hubungan yg agak baik dgn pelbagai peringkat manusia..maka kelebihan itu menjadi masalah pulak bagi aku di dalam penglibatan aku dlm Amanah selama ini..

Kenapa aku sebut hal ni secara serius hari ni?

Kerana aku ingin menoktahkan tuduhan dan fitnah terhadap aku.. Dan aku jugak tidak lagi akan menjawab apa saja persoalan berkaitan fitnah itu..

Kpd sahabat2 yg percaya kpd fitnah itu, samada dari Awan dan Amanah klate khasnya.. aku cuma ingin berpesan .. Belajar la menilai siapa musuh, siapa sahabat sebenar dlm laluan perjuangan kita.. Seumpama di sebuah padang yg luas, byk kemucuk di jalanan.. kelihatan cantik dari kejauhan, tapi bila penuh di kaki seluar, gatal merenyam kita sudahnya..byk kerikil di jalanan, byk kaca yg kelihatan bersinar..Walau kaca, walau kerikil, walau kemucuk..Allah letakkan ia di sepanjang perjalanan kita dgn peranan masing2.. Tidak Allah jadikan segala sesuatu atas muka bumi ini sia2.. Atas kita la nak nilai staro mana..

Aku tidak ingin mendabik dada..Tetapi org2 seperti aku, kalau kalian percaya kpd fitnah yg dihalakan kpd aku, maka ketahui la kalian adalah org2 yg rugi.. krn kalian tidak tahu bagaimana aku telah berikrar menginfaqkan diri utk berbuat kebaikan, aku telah berikrar utk hanya berpihak kpd kebenaran walau di mana aku berada..Aku hanya akan bercakap perkara yg benar, walaupun pahit..

Darah yg mengalir dlm tubuh aku, adalah darah Puteri Saadong, yg tidak mudah mengalah dlm setiap cabaran.. Tetapi seperti jugak manusia biasa yg lain, Puteri akhirnya membawa diri jauh ke dalam rimba, apabila sudah tidak mampu berada di keliling manusia yg tidak punya rasa ..

Tidak seperti Puteri , aku tidak ada rimba utk dituju.. Dan aku pun tidak akan mengalah selagi hayat masih ada. Byk hala byk haluan, banyak cabang, Amanah tetap di hati, sekurang2 selagi beberapa org yg aku yakini masih berada di dalam Amanah..

Insyaallah semoga dikuatkan hati dan semangat meneruskan langkah dlm perjalanan yg sangat panjang ini..

Salam perjuangan semua!

Lawan tetap Lawan!

Nojah Fendi

28/8/2021

3 hari menjelang hari Kemerdekaan ke 64..

Semoga jiwa kita juga merdeka sepenuhnya ..

 

No comments: