KABINET BARU KABINET LAMA, MARI TELAAH PRESTASI KABINET KERAJAAN TEBUK ATAP 17 BULAN DI BAWAH YIDDIN




Di bawah adalah prestasi Kabinet lama. Mengikut laporan Bloomberg, antara 53 negara di dunia yang membuka ekonominya ketika pandemik COVID-19, Malaysia berada di tangga tercorot iaitu tangga ke-53.


Ini menunjukkan dasar-dasar Kabinet lama telah gagal menangani wabak ini di Malaysia.


Laporan-laporan antarabangsa sebegini memberi kesan kepada keyakinan pelabur lantas kesan negatif kepada pemulihan ekonomi negara.


Sebelum ini saya pernah berkata, untuk menukar dasar, kita perlu menukar pembuat dasar, atau dengan kata lain menukar Kabinet.


Kini Kabinet "lama" telah "ditukar" dengan Kabinet "baru".


Oleh itu, mungkinkah dasar-dasar yang akan dibuat juga akan jadi dasar-dasar "baru" juga?


Apa-apapun rakyat yang akan menanggung kesannya.


Sebab itu saya akan terus menegur dengan apa jua saluran yang berkesan untuk semak imbang dan untuk kepentingan rakyat.


Saya tidak mahu lihat lebih ramai rakyat mati akibat COVID-19 sebab kerajaan buat dasar yang salah.


Dalam tempoh 100 hari akan datang ini, Kabinet "baru" ini perlu membawa negara supaya tidak lagi berada di tangga tercorot malah perlu berada di tangga antara yang teratas di dunia dalam menangani wabak COVID-19. 


Saya harap kerajaan dan Kabinet "baru" ini akan buat perkara yang betul bukan seperti Kabinet "lama" yang sebelum ini.


Buktikan yang Kabinet yang dulu bukanlah yang sekarang.


ISHAM JALIL

27 Ogos 2021


https://www.bloomberg.com/graphics/covid-resilience-ranking/