Mesyuarat Khas Parlimen: Ku Li mohon tukar tempat duduk dalam Dewan Rakyat

 

Astro Awan
T






Mesyuarat Khas Parlimen: Ku Li mohon tukar tempat duduk dalam Dewan RakyatTengku Razaleigh menegaskan dari awal beliau tidak pernah menyokong atau bersama-sama dengan kerajaan yang ditubuh yan mengguna nama kerajaan "Perikatan Nasional". - Gambar fail








KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah memohon agar tempat duduk beliau dalam Dewan Rakyat diletakkan berhampiran blok Bebas.
Dalam satu surat bertarikh 26 Julai kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun, Tengku Razaleigh atau Ku Li memberi alasan memohon pertukaran tempat duduk kerana beliau tidak menyokong kerajaan sekarang ini.
"Dari awal lagi saya tidak pernah menyokong atau bersama-sama dengan kerajaan yang ditubuh yang mengguna nama kerajaan "Perikatan Nasional".
"Saya belum mengetahui sama ada anggota-anggota Dewan Rakyat yang lain daripada parti saya telah berurusan dengan Y.B Tuan Yang di-Pertua mengenai tempat duduk mereka dalam Dewan Rakyat.
"Walau apa pun yang dilakukan oleh mereka ini saya dengan suka hati mohon berpindah ke tempat lain yang sewajarnya, bersesuaian dengan semangat perjuangan Barisan Nasional/UMNO terutama sekali pengundi saya, ahli-ahli UMNO dan rakyat Malaysia supaya sedikit pun tidak boleh dianggap sebagai penyokong Kerajaan Gagal ini," katanya.
Tengku Razaleigh sebelum ini sering mengkritik pentabiran kerajaan Perikatan Nasional dan mempertikai tindakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang dianggap membelakangkan perlembagaan negara.
Dalam susunan tempat duduk dalam Dewan Rakyat, Tengku Razaleigh diletakkan bersama-sama ahli parlimen UMNO yang lain di blok kerajaan.
Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang telah menarik sokongan terhadap kerajaan pada Januari lalu juga diletakkan di blok kerajaan.

Surat Tengku Razaleigh mohon tempat duduk dalam Dewan Rakyat

No comments: