Hartal Doktor Kontrak
memastikan ada doktor ganti yang bertugas sebelum mereka bergerak keluar,
selain sedia kembali bertugas jika timbul keperluan. - Gambar ASTRO AWANI /
SHAHIR OMAR
KUALA
LUMPUR: Semalam, sektor perubatan
negara menjadi tumpuan selepas doktor-doktor kontrak bergerak keluar secara
beramai-ramai di hospital-hospital di bawah seliaan Kementerian Kesihatan (KKM)
di seluruh negara.
Gerakan
dikenali sebagai Hartal Doktor Kontrak itu dibuat bagi menuntut jaminan
pelantikan tetap bagi doktor kontrak dan baharu, hak gaji, serta kebajikan sama
rata dengan doktor tetap.
Bagaimanapun,
sebelum keluar, mereka yang terlibat telah memastikan ada doktor ganti yang
bertugas, selain sedia kembali bertugas jika timbul keperluan.
Pada 21 Oktober 2016 kerajaan bersetuju
Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi dilantik secara
kontrak.
- Pelantikan tersebut memberi peluang kepada
graduan perubatan, pergigian dan farmasi menjalani latihan siswazah dan/ atau
berkhidmat wajib serta boleh mengamalkan sepenuhnya sama ada di dalam atau luar
Kementerian Kesihatan (KKM).
- Ia bersandar kepada skim perkhidmatan dan
peruntukan kewangan tanpa terikat dengan penjawatan tetap.
- Pegawai masih menikmati emolumen setara
dengan pegawai lantikan.
empoh Kontrak:
i. Pegawai Perubatan Gred UD41: 5 tahun
ii. Pegawai Pergigian Gred UG41: 3 tahun
iii. Pegawai Farmasi Gred UF41: 3 tahun
- Kerajaan juga setuju beri faedah istimewa
kepada Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi:
i. Kemudahan Cuti Sakit 90 hari bergaji penuh
dalam tempoh setahun
ii. Kemudahan perubatan kepada ibu bapa di
klinik dan hospital kerajan
iii. Pelantikan tetap secara dibelakangkan
kepada bakat terbaik
- Farmasi tamat latihan siswazah atau khidmat
wajib dengan jaya dan penuhi syarat, syarat lantikan tetap tertakluk kepada
kekosongan dan kelulusan SPA.
- Melalui lantikan kontrak, pegawai berpeluang
memilih keluar lebih awal dan bekerja dengan agensi awam lain atau di sektor
swasta.
- Dalam pembentangan Bajet 2017, Perdana
Menteri (ketika itu) Datuk Seri Najib Razak mengumumkan lantikan secara kontrak
kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian dan farmasi selewat-lewatnya
Disember 2016, kerana kekangan jawatan tetap.
- Hampir 2,600 doktor yang sebelum ini tidak
dapat penempatan housemanship di mana-mana hospital, boleh menjalani
housemanship secara kontrak.
- Sehingga 31 Mei 2021, 35,216 lantikan secara
kontrak bagi tiga skim utama:
i. Pegawai Perubatan UD41 (23, 077)
ii. Pegawai Pergigian UG41 (5,000 orang)
iii. Pegawai Farmasi UF41 (7,139)