PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson)
mendakwa pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan
Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hasan bahawa kerajaan tidak akan
menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat sebagai
satu penghinaan kepada institusi beraja.
Selain menyifatkan tindakan itu boleh mencetuskan krisis
pelembagaan, Anwar berkata, kerajaan dan Perdana Menteri seharusnya terlebih
awal menyembah maklum dan memohon perkenan Seri Paduka berhubung perkara
demikian.
“Apakah pembatalan ini telah mendapat perkenan Agong? Oleh
demikian pengumuman tidak boleh dibuat tanpa perkenan Seri Paduka dan ia
seolah-olah satu penghinaan kepada Majlis Raja-Raja.
“Kerajaan dan Perdana Menteri harus bertanggungjawab kerana usul
terlebih dahulu tetapi mengetepikan institusi raja dengan harus mendapat
perkenan terlebih dahulu,” katanya dalam Sidang Khas Parlimen hari ini.
Takiyuddin memakklumkan kerajaan telah memutuskan untuk tidak
akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat
sebaik sahaja tamat pada 1 Ogos ini.
Katanya perkara itu telah diputuskan pada 21 Julai lalu.
LINK : https://www.utusan.com.my/.../pengumuman-tidak.../...