ATOK PANDAI AMBIL KESEMPATAN

 


KAK IDA ABDULLAH


Sebelum PRU14, dengan berani, tersusun dan displin Rafizi Ramli telah 'create awareness' betapa penting BN dijatuhkan kerana yang terajui BN adalah pasangan suami isteri nafsu tidak bertepi menggelidah dan mengkuruskan negara. Maklumat yang disebar melalui bas tournya sangat memberi kesan sehingga Atok yang diam hibernating pun terus bangun dan dengan penuh hipokrasi menghampiri, menawan dan menjadi orang utama dalam PH, overshadow semua usaha Anwar, Kak Wan, Rafizi, PH, dan rakyat dalam menghumban BN pada 2018.

Ketakutan Atok bukan sebab rompakkan Najib tetapi mood rakyat yang mulai sedar dan berani bertukar demi menghumban BN dari tampuk pemerintahan puluh tahun lamanya. Atok seorang sahaja lebih 40 tahun pegang remote control memastikan negara berkembang demi kesejahteraan dan keselamatan diri, keluarga dan kroni. Description: 😀

Sekarang Atok takut lagi. Atok yang wajib takut dengan Tuhan apabila berencana sebaliknya takut dengan penolakkan rakyat akan rencananya. Untuk rakyat menolak secara total tidak cukup dengan maki dan benci. Itu ajaran Atok kepada rakyat ketika ingin jatuhkan Najib, Anwar, Pak Lah dan skrg pura-pura pula benci Yiddin.

Benci tidak akan memberi keadilan. Rakyat hanya ingin keadilan ke atas pesalah sebagaimana hukuman pantas dijatuhkan ke atas rakyat yang terpaksa mencuri, merasuah, menipu dan sebagainya demi kelangsungan hidup dalam negara penuh penindasan. Walau apa alasan, sifat² itu tidak harus dipraktikan. Namun kerana rakyat sendiri menyaksi pemimpin mereka yang sengaja mencuri, menyeleweng, menipu demi untuk kaya, ada rakyat yang mencontohi demi kelangsungan hidup sahaja.

Sudah sampai masanya awareness terhadap kebobrokkan Mahathir diketahui rakyat supaya rakyat dapat menilai dan berfikir dan membuat pilihan pemimpin yang akan menerajui Malaysia pada PRU15. Malaysia semakin parah. Siapa sahaja yang ditentukan Mahathir duduk disitu tidak akan membantu malah akan terus menghancurkan. Mahathir sudah terlalu tua, umurnya mungkin akan terus panjang melangkaui hidup kita. Itu rezekinya. Tapi jangan sampai rezeki panjang umurnya menjadi penghalang kepada rezeki kita hidup sejahtera dan harmonis dalam negara penuh barakah kurniaan Allah ini.

Sudah banyak kerosakkan zaman dia jadi PM, sudah berbilion hilang diperjudi. Sudah banyak kerugian di zaman Pak Lah, bertambah parah di zaman Najib dan sekarang semakin longlai di zaman Mahiaddin. Semua ini anak didik Mahathir yang mempunyai satu matlamat sahaja Anwar Ibrahim TIDAK boleh diangkat sebagai Perdana Menteri kerana...

Description: ⭐BUAT KALI PERTAMANYA setelah lebih 40 tahun rakyat Malaysia disesatkan pemikiran, peradaban, pertumbuhan, dikhianati, dinafi, Anwar Ibrahim akan mereformasi sistem yang dibobrokkan Mahathir sehingga rakyat dapat bangun semula megah bermaruah dan punya jati diri. Apabila itu terjadi, rakyat berani tetapi beradab, rakyat berdaya saing tapi berakhlak akan terhasil. Lalu dimanakah tempat bagi politikus keji?

Rakyat perlu tahu, perlu sedar bahawa Anwar dinafi hanya kerana punya agenda rakyat di hati. Anwar difitnah berkaitan akhlaknya kerana agenda penerapan Islam semasa beliau sebagai Menteri dan kemudian Timb. Perdana Menteri. Apa tuduhan paling berkesan kepada akhlak Anwar selain yang paling keji? Rasuah tiada, penyelewengan tiada. Maka liwatlah tuduhan paling berkesan diluar norma amalan masyarakat sopan. Sejak Anwar dituduh sekeji itu, Malaysia terus terhina dengan pelabagai keburukkan dan sial yang menimpa.