Wujudkan semula Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen lantik jawatan penting kerajaan - William

 


Pelantikan ke jawatan-jawatan utama kerajaan seperti Ketua Polis Negara (KPN), Peguam Negara (AG) dan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seharusnya dibuat melalui jawatan Kuasa Pilihan Khas Parlimen.

Menurut bekas Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam, William Leong Jee Keen, kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak wajar memansuhkan jawatankuasa yang dipengerusikan beliau, yang boleh berperanan besar bagi mengelakkan campurtangan politik dalam isu perlantikan jawatan kanan kerajaan.

Katanya, situasi yang mana Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin didakwa campurtangan dalam pelantikan pegawai polis baru-baru ini dapat dielakkan sekiranya jawatankuasa Parlimen diberi kuasa untuk memberi syor atau melantik pegawai kerajaan.

"Kita sewaktu Pakatan Harapan memerintah telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen yang mana saya telah menjadi pengerusi. Semua pelantikan jawatan penting dibuat menerusi jawatan kuasa ini supaya kita boleh lihat kepada satu 'check analog'. Kalau pelantikan itu ke atas orang yang sesuai tidak ada masalah

"Jawatankuasa ini boleh mengadakan overside supaya kita boleh sahkan pelantikan itu bersesuaian dan kalau ada masalah maka jawatankuasa boleh minta Perdana Menteri kaji semula lantikan

"Persoalannya sekarang, mengapa kerajaan mansuhkan jawatankuasa ini?" tanya William.

Ahli Parlimen Selayang itu juga mempersoalkan dakwaan campurtangan menteri melantik 'orang kepercayaan' sebagai pegawai kanan.

Katanya, apa yang dikatakan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador adalah benar, bahawa menteri tidak sewajarnya menekan Suruhanjaya Pasukan Polis dalam melantik pegawai tinggi.

"Menteri hanya untuk menentukan hala tuju dan dasar, tidak boleh campur tangan siapa yang boleh dilantik atau tidak. Organisasi akan menjadi kelam kabut. Dalam sistem command mesti hanya ada satu command, tidak boleh ada dua ketua

"Kalau tidak, akan ada masalah mengikut sistem command. Kalau ini berlaku maknanya pegawai-pegawai polis tidak perlu ikut arahan ketua polis. Cari menterilah dan ini sudah jadi politik

"Sekarang jelas bahawa ahli politik, menteri telah campurtangan dalam hal polis. Ini yang dinyatakan oleh ketua polis (tempoh hari)," katanya.

Selain itu, William turut menyentuh isu rakaman suara Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin yang bocor tetapi masih tidak terdengar pihak polis menyiasat perkara itu.

Sebaliknya, kata William, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula yang dipanggil polis untuk siasatan, kononnya suara mirip Anwar berbicara mengenai Perhimpunan Agung Umno yang menurutnya, tidak menyentuh satu apa pun mengenai rahsia negara atau perlantikan perkhidmatan awam.

 

No comments: