Bila Mahathir kata 2023... dia tahu PN akn kalah

 

May be an image of 1 person and text that says "Tangguh pilihan raya hingga 2023, kata Dr Mahathir Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 5 May 2021 11:08AM 0 Komen THE MALAY INSIGHT Najjua Zulkefli"



PH AKAN MENANG BERGAYA

Bila Mahathir bersuara ia memberi pelbagai erti. Kata2nya bukan biasa2... seperti kata kawan baiknya, saham naik... naiklah dia.

Bila Mahathir mahu PRU15 pada tahun 2023, saya yakin dia tahu 'mood' rakyat sgt berang dgn kerajaan PN sebagai sebuah kerajaan yg gagal, korup dan mencabuli hak rakyat. Apatah lagi UMNO masih gagal ditawan seperti dirancang.

Lebih membimbangkan ahli2 UMNO 3 juta org itu tidak akn mahu mengundi calon Bersatu. Jadi faham2 lah kenapa Mahathir mahu PRU habis satu penggal. Dia tak peduli makin lama PN berkuasa makin hancur negara ini.

PN hanya mengharap UMNO tidak bersatu dgn PH. Jika bersatu 200% PN akn kalah. Jika tidak pertandingan tiga penjuru membabitkan PN, PH dan BN dilihat berpihak kpd PH atau BN.

Kekuatan PN hanya kpd PAS. Bersatu dan Gerakan tiada kekuatan langsung. Bermakna PN hanya mendapat sokongan lebih kurang 30% pengundi Melayu ( undi ahli dan penyokong PAS ) yg bertaraf walaun. Saya jangkakan 5% ahli dan penyokong PAS telah beralih arah apabila melihat lagak PAS bila menjadi kerajaan ' cakap tak serupa bikin'.

Kekuatan BN hanya kpd UMNO yg mungkin boleh menarik 40% juta pengundi Melayu yg rata2 di kampung2. Tapi BN hanya akn memperolehi 10% pengundi bukan Melayu. Sebab itu buat pertama kalinya UMNO tiada keyakinan utk menghadapi PRU tanpa PAS.

Kekuatan PH mereka mempunyai sekitar 30% pengundi Melayu bandar dan profesional. Tapi mereka mempunyai 80% undi bangsa Cina dan India. Jika berlaku pertandingan 3 penjuru utk Semenanjung PH dgn izinNya pasti menang.

Malah mood pengundi atas pagar buat masa ini sgt berpihak kpd PH. Jika dlm tempoh setahun ini berlaku PRU, PH akn menang bergaya. Bila Mahathir mahu PRU2023, dia telah membaca mood rakyat sepertimana dia sanggup mengadap Anwar di mahkamah kerana tahu mood rakyat ketika itu sgt berpihak kpd PH.

Ingat pada PRU lepas PH dpt 54% undi popular, BN 34% dan PAS 8% sahaja. Jadi jika bergabung sekalipun BN dan PAS berdasarkan undi popular mereka hanya perolehi 42%. Tapi kerana sistem PRU kita ditentukan melalui jumlah Parlimen... peluang masih 55% PH dan 45% BN. Itu dulu skg jika terpecah 3, PH tetap solid dgn undian ahli dan penyokong mereka.

Ini kerana golongan pengundi PH umum mengetahui mereka yg celik IT atau kelompok intelektual Melayu. Pengundi Cina dan India sudah pasti menolak parti bersifat perkauman. Sukar utk PN dan BN gula gulakan Melayu bandar seperti Melayu di kampung. Manusia bila berilmu dan menggunakan ilmu itu ke jalan yg baik memang sukar disogokkan dgn rasuah undi.

Mahathir sgt bijak bab tersebut. Itu saya tidak menafikan kebijaksanaan Mahathir sebagai pencatur politik negara utk tempoh 50 tahun lamanya hingga tumpas satu persatu pencabar politiknya.

Jika Mat Sabu, Hanna Teoh dan Syafie Apdal tidak bergantung harapan kpd seorang lelaki yg hampir umur 100 tahun, PH akn menjadi parti yg sgt ampuh utk PRU15. Musuh atau kekalahan utama PH pada PRU15 akn dtg bukan dari musuh politik tetapi sikap komponen PH yg masih tetap mahu bekerjasama dgn dalang kejatuhan PH.

 

No comments: