Hadi mendakwa PAS mewarisi ilmu para khalifah yang adil dan para ‘ulamak yang setia bersama Islam.
“Setiap penganut Islam wajib mengerti bahawa buta Al-Quran itu lebih besar akibatnya daripada buta huruf dan perlu menyedari orang yang boleh membaca, menulis, berpendidikan tinggi dan mendapat ijazah berjela-jela dan gelaran ilmiah tetapi buta Al-Quran, amalannya tanpa cahaya hidayah yang tidak membawa kepada wawasan kita.