UMNO PATUT TIDAK BERI RUANG MASA

 

MOHD SAYUTI OMAR II


Pada saya ruang masa diberikan oleh Umno untuk menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Muhyiddin Yassin sehingga Ogos nanti adalah satu langkah tidak bijak dan boleh mendatangkan masalah kepada Umno sendiri.

Tempoh lima bulan terlalu lama menyebabkan Muhyiddin boleh melakukan apa sahaja untuk melepaskan diri. Apakah ruang tempoh itu kerana Zahid dan kluster mahkamah dalam parti itu masih mengharap apa apa ehsan daripada Muhyiddin? Masih ada deal secara senyap dan mengharap.

Kalau itu diharapkan saya yakin Muhyiddin tidak mudah untuk memenuhinya kerana ketegasan meneruskan tindakan ke atas pemimpin Umno bermasalah menjadi modal besar untuk beliau mendapat sokongan rakyat.

Jadi ruang masa diberikan Umno itu tidak ubah seperti memberi peluang kepada Muhyiddin menggali lubang seluas dan sedalam mungkin untuk kambus Umno. Trims.

 

No comments: