ULASAN PAU
|
PAU 2020 yang diadakan 28 Mac 2021. |
PERHIMPUNAN Agung Umno (PAU) 2020 yang tertangguh sejak setahun
lalu telah diadakan dan sudah berakhir semalam. PAU semalam dilihat dari
berbagai sudut dan kepentingan dengan citarasa masing-masing sesudai diwaktu
pandemik.
Ada mengatakan ia sebagai
satu himpunan untuk meluluskan solusi yang sudah dibuat awal dan ada juga
mengatakan sekadar rutin biasa Umno sebagai mematuhi peraturan ROS.
Kedua-dua pandangan itu boleh diterima dan ada kebenarannya.
Apapun PAU semalam telah
berjaya mengambil ketetapan atau endorsement daripada
perwakilan berhubungan satu perkara yang membelenggu Umno sejak beberapa bulan
lalu. PAU semalam mengambil ketetapan untuk tidak bekerjasama politik dengan
PPBM parti yang dianggap sebagai ular Lidi yang hendak menjadi Naga. Muktamad.
Seluruh perwakilan yang
hadir dalam dewan PWTC bangun menyatakan tindakan itu.
Perkara itu sudah
dijangka awal-awal lantaran desakan bertalu-talu dari akar umbi Umno yang
dibuat semasa mesyuarat bahagian masing-masing. Walaupun ia baik dan satu
keputusan tepat kepada Umno, namun ia memberi kesan dan implikasi lain khasnya
kepada pihak yang beriya yang mahukan Umno bersama dengan PPBM atas sebab-sebab
sendiri dan logikal politik sang orang pemikirnya. Kerana Umno patuh kepada
pendapat dan keputusan majoriti, maka idea untuk membawa Umno bersama PPBM itu
tertolak total.
Keputusan yang sedikit
suspen yang diambil dalam PAU semalam, adalah apabila parti kebangsaan yang
hilang kuasa itu membuat ketegasan mereka akan menarik balik sokongan kepada
kerajaan PN. Tarikh atau masa diberikan ialah pada Ogos. MKT amnya dan presiden
Ahmad Zahid Hamidi mendapat pengihtiarafan dan diberikan mandat penuh oleh
perwakilan untuk menentukan tarikh penarikan itu.
Walaupun tarikh akhir
diberikan Ogos, tetapi Zahid diberikan "pisau" dan "pistol"
untuk menghabisikan kerajaan itu, melakukan pemutusan itu bila-bila masa
sahaja. Kalau mengikut amarah dan perasaan perwakilan mereka mahu penarikan itu
dibuat semalam juga.
Bayangkan kalau Umno
mengumumkan menarik balik sokongannya semalam, hari ini sudah tentu negara
menjadi riuh randah dan sudah ada menteri atau timbalan menteri yang menulis
surat meletak jawatan dan juga ada menteri dan timbalan menteri yang dilihat
liat untuk tidak sedia berbuat demikian. Jangkaan saya antara menteri yang
bergeliat untuk letak jawatan, Noraini Ahmad, Khairy Jamaluddin, Annuar Musa
dan Hishammudin Hussein.
Tetapi tarikh menarik
sokongan itu ditetapkan pada Ogos. Signifikan tempoh itu sesuai dengan janji
mulut dilafazkan Muhyiddin Yassin yang mengatakan proklamasi darurat akan tamat
pada 1 Ogos dan sebaik tamat pilihan raya akan diadakan?
Walaupun Umno atau Zahid
tidak menyebut syarat penarikan itu, dapat difahami sekiranya pada tarikh itu
Parlimen tidak dibubarkan maka Umno akan mengarahkan ahli-ahli parlimennya
khasnya yang memegang jawatan dalam kerajaan, menteri, timbalan menteri dan
pengerusi GLC meletak jawatan.
Ketetapan dan keputusan
itu sedikit jenaka bunyinya, kerana ia dilihat seperti ada sesuatu yang sedang
dibincang dan dirundingkan antara Umno dengan PPBM atau Bersatu. Kenapa
diberikan senggang masa? Kenapa tunggu Ogos untuk menarik sokongan? Kenapa
tidak sekarang? Apakah beza dan kelainannya menarik sekarang dengan tunggu
sampai Ogos. Apakah kalau menarik sokongan Ogos Umno akan mendapat laba besar
tetapi kalau dibuat sekarang akan rugi?
Sepekara dalam perjuangan
termasuk juga politik ketepatan dan kecepatan menguruskan masa sangat
penting.
Apakah Umno menghormat
kepada Yang diPertuan Agong yang memberi perkenan ke atas
proklamasi darurat itu. Rasanya ia tidak logik begitu kerana apabila
Agong memberi penjelasan bahawa darurat tidak bermakna parlimen tidak boleh
bersidang ertinya Agong tidak memihak dan mengawal bila masa hendak diadakan
Piraum.
Atau senggang masa itu
diberikan kerana Umno masih berusaha untuk mengekalkan hubungan dengan Pas
dalam Muafakat Nasional (MN). Kerana hubungan itu kini renggam maka Umno
memberi tempoh beberapa waktu untuk berusaha mengejapkannya kemudian baru
membuat hentam kepada kerajaan PN. Apakah Umno yaking Pas akan kembali bertaut
mesra dengannya.
Natijah kepada tindakan
Umno itu kita nampak ia mahu Piraum diadakan. Umno sudah ghairah untuk
berpilihan raya seperti gadis sunti sudah baligh "belengah" untuk
berkahwin. Keghairahan itu disusuli dengan keyakinan akan menang hatta
kalau bertanding secara bersendirian pun Umno yakin mereka boleh menang.
Mungkin Umno ada hujahnya
dan petunju dalaman tetapi kepada umum tidak ada indikator Umno boleh menang
kalau bertanding bersendirian. Bukan sahaja Umno gabungan dan koalisi lain juga
tipis untuk menang besar sehingga mencapai majoriti mudah.
Justeru meletakkan syarat
dan memberi peluang akan menarik diri daripada menyokong kerajaan PN kepada
Ogos tidak praktikal. Melainkan Umno mengira apabila mereka menarik sokongan
menyebabkan Muhyiddin tidak ada pilihan lain akan bubar parlimen. Apakah Umno
tidak terfikir kemungkinan-kemungkinan lain. Muhyiddin dan gengnya masih ada
akal untuk melanjutkan usia kerajaannya. Mereka tidak akan berhenti daripad
aberfikir mencari helah untuk melanjutkan usia pentedbirannya.
Bagaimana pula kalau Umno
menarik sokongan dengan 35 orang MPnya itu, tiba-tiba ada pengalang ganti yang
menjadi menyokongnya pula?
Semisalnya tiba-tiba
Keadilan akan mengisi kekosongan ditinggalkan Umno itu menyokong kerajaan
Perikatan Nasional. Mana tahu kalau selepas ini ada pula perjanjina mulut
antara Muhyiddin dengan Anwar. Dengan menerima politik itu seni serba mungkin
dan aksi dan tindakan bervariasi, ia tidak boleh dikesampingkan. Walaupun
sumpah dan janji orang politik tidak boleh dipercayai, tetapi mereka terus
melakukan persumpahan demi persumpahan kerana itu sebagai daripada game mereka.
Mereka bukan bersumpah dengan Zabul, Injin, Taurat tetapi dengan Quran
juga.
Kalau Muhyiddin merelakan
dirinya ditukar kepada Anwar sebagai perdana menteri, ia tidak mustahil?
Tidakkah ketika itu nanti Umno akan menangis tidak berlagu.
Dua keputusan besar
dibuat oleh Umno semalam dengan penuh berani, bertanggungjawab dan terdesak,
ialah 1. Tidak akan bersama PBBM, 2. Akan menarik balik sokongan kepada
kerajaan PN Ogas nanti.
Daripada dua keputusan
itu saya melihat ada beberapa implikasi sampingan yang lain. Maksudnya
keputusan Umno semalam mempengaruhi suasana politik negara dan turut
mengesankan parti-parti politik lain.
1. Umno jelas akan
menghadapi pilihan raya umum nanti secara bersendirian. Umno tidak akan
berkolaborasi dengan mana-mana parti atau gabungan parti politik. Umno akan
kekal bersama BN yang mempunyai MCA dan MIC.
2. Umno bakal kehilangan
Pas. Ini kerana Pas telah menunjukkan minat mendalam untuk bersama PPBM
berbanding dengan Umno, walaupun ia bergabung lebih awal dengan Umno. Alasan
diberikan Abdul Hadi Awang Pas ingin menyertai Piraum sebagai
kerajaan cukup kuat untuk meletakkan Pas akan bersama PPBM.
3. Tindakan diambil Umno
itu (bertanding bersendirian) memberi peluang untuk perwujudan kerajaan
gabungan selepas pilihan raya. Tindakan dan keputusan ini terbaik dalam saat
Umno merasakan ia dipermain dan diperbudakan oleh PPBM dan hilang kesetiaan
Pas. Umno mengambil sikap biar "sama-sama saja."
4. Keputusan Umno itu
juga memberi kesan sampingan kepada pihak lain. PH (Keadilan dan DAP), yang
sebelum ini diura-ura akan mengadakan pakatan dengan Umno, mungkin tidak akan
berlaku. Bagi Pas pula menjadikan parti itu terjepit di antara dua harapan dan
kerinduan dan tergolek dilembah antara dua gunung maha curang.
5. Keputusan Umno selama
sekali lagi mempamerkan politik tidak berani yang tidak bijak kepada medium
politik Melayu. Melayu terus berpecah dan dipecah-pecahkan kerana kepentingan
politik.
6. Keputusan dan cara
Umno itu juga menjadikan kedudukan parti-parti utama untuk membentuk kerajaan
terbuka. Parti-parti utama ialah Umno, Pas, Keadilan dan DAP. [wm.kl.9:14
am 29/03/2021]