Guan Eng dakwa PN wujudkan keadaan ‘krisis kekal

 

Lim Guan Eng berkata, perbalahan Umno-PPBM menunjukkan Muhyiddin Yassin telah kehilangan majoriti di Parlimen. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Perikatan Nasional dituduh berada dalam keadaan ‘krisis kekal’ manakala Malaysia dalam keadaan ‘krisis politik kekal’ akibat ditadbir kerajaan minoriti.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, perbalahan terbuka antara Umno dan PPBM, iaitu kedua-duanya sebahagian daripada kerajaan PN, menunjukkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah kehilangan majoriti di Parlimen.

Katanya, Malaysia dalam keadaan krisis politik kekal kerana ditadbir kerajaan minoriti.

Kehilangan majoriti Muhyiddin berlaku walaupun PN di sebalik tindakan lompat parti melibatkan Ahli Parlimen PKR, katanya.

Lim berkata, kerajaan Muhyiddin terselamat daripada undian kurang percaya hanya kerana Parlimen digantung akibat darurat, dan mempunyai Speaker yang dilihat “tunduk serta lebih memenuhi kepentingan Muhyiddin berbanding Parlimen yang sepatutnya dipertahankan dan dilindunginya.”

Lim turut mengetengahkan beberapa isu seperti kemelesetan ekonomi, pengurangan pelaburan asing dan penalti tinggi bagi kesalahan perintah kawalan pergerakan, sebagai contoh kegagalan kerajaan PN.

Selain itu, Lim juga menyelar Presiden PAS Abdul Hadi Awang, dan bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali, yang kini menteri kanan dan ahli PPBM.

Beliau menuduh Hadi sebagai hipokrit kerana mengatakan golongan bawah usia 18 tahun tidak cukup matang untuk mengundi sedangkan had usia minimum untuk keahlian PAS adalah 13 tahun.

Lim mempertikaikan bagaimana mereka yang berusia 18 tahun tidak cukup matang untuk mengundi, sebaliknya usia 13 tahun sudah cukup matang pula untuk menjadi ahli PAS.



No comments: