KALAU PROFESSOR TU MACAM KANGKUNG YANG MENJALAR...KALAU KERAT ELOK DIBAKAR..

 Dr Kamarul dakwa Undi18 hanya umpan PH

Dr Kamarul dakwa Undi18 hanya umpan PH

KEMELUT mengenai penangguhan pelaksanaan Undi18 segera mengingatkan saya kepada catatan Peguam Negara Kerajaan Pakatan Harapan, Tan Sri Tommy Thomas, di dalam buku biografi beliau mengenai asal usul pindaan Perlembagaan yang dibuat mengenainya.

Tidak dinafikan bahawa dalam PRU14 agenda Undi18 dimasukkan ke dalam Manifesto Pakatan Harapan sebagai Janji 17 yang berbunyi ‘Kerajaan Pakatan Harapan akan menurunkan had umur layak mengundi kepada 18 tahun dan melaksanakan pendaftaran automatik’.

Arkitek kepada pindaan Perlembagaan yang mendapat liputan istimewa Tan Sri Tommy Thomas di dalam buku biografi beliau dengan menyifatkannya sebagai ‘satu kemenangan (‘a triumph’) untuk Kerajaan Pakatan Harapan’ ialah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Membantu Syed Saddiq ialah Tan Sri Tommy Thomas sendiri yang menyebut bahawa pindaan Perlembagaan ini pasti akan berjaya kerana tiada sebuah parti atau seorang Ahli Parlimen pun yang akan berani untuk menentangnya kerana tidak mahu menjauhkan pengundi muda.


Ini ayat Tan Sri Tommy Thomas: ‘One cannot imagine any political party or any individual Member of Parliament not supporting the reduction of voting age. Their self-interest would propel them to support it because they could not afford to alienate young voters.’
Seperti mereka jangka, bila RUU Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang mengandungi kedua-dua janji Pakatan Harapan ini, selain penurunan had umur menjadi calon pilihan raya kepada 18 tahun, dibentangkan di Parlimen pada 16 Julai 2019, ia disokong sebulat suara.
Selepas pindaan Perlembagaan ini diluluskan kerja mereka dikira selesai kerana pelaksanaannya adalah menjadi tanggungjawab SPR selaku Suruhanjaya yang ‘mendapat kepercayaan awam’ yang tidak terikat secara langsung dengan pihak kerajaan.





No comments: