POOOODAHHH...PERTAHAN MELAYU ISLAM KA..PERTAHAN JAWATAN?...ISU KALIMAH ALLAH PUN TAK BOLEH NAK JAGA...TAMBAH BAB JUDI 22 KALI PUN TAK BOLEH KEKALKAN MACAM PH BUAT....NGARUT LA LEBAI

 

Pas tetap manfaatkan PN dan MN untuk pertahan melayu Islam

Pas tetap manfaatkan PN dan MN untuk pertahan melayu Islam

PAS tetap memanfaatkan gabungan Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) untuk memastikan kekuatan orang Melayu dan Islam terus dipertahankan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan bagaimanapun berkata, ada pihak tidak senang dengan keutuhan gabungan tersebut.

Katanya, pelbagai tohmahan dilabelkan termasuk kerjasama PAS, Umno dan Bersatu dianggap mengabaikan nasib dan penganut agama lain di negara ini.

“Dahulu permusuhan kita sangat tajam, kini orang boleh terima kita (PAS), boleh buat pakatan dengan kita, maka gunalah pakatan ini untuk melaksanakan Islam yang sebenar selaras peristiwa Israk dan Mikraj.

“Ada pihak cuma menakut-nakutkan orang bukan Islam, negara ini akan diperintah oleh orang Melayu dan Islam sahaja tanpa orang bukan Islam, ini tidak benar,” katanya pada ceramah Israk Mikraj di Dewan Zulkifli Muhammad Pejabat Perhubungan PAS Kelantan di sini malam tadi.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, Islam melaksanakan konsep rahmatan lil alamin bukan sahaja kepada orang Islam, malah menjaga kebajikan, kehidupan dan kemaslahatan orang bukan Islam.

Menurutnya konsep itu turut diamalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan namun dianggap gagal mengimplimentasikan konsep tersebut dengan sebaik mungkin sehingga hampir berlaku perbalahan antara kaum.

“Apa yang membimbangkan dalam tempoh 22 bulan PH memerintah, berlaku ketidaksenangan dan kepanasan antara kaum.

“Dalam laman sosial kita boleh lihat situasi tersebut berlaku. Di Kelantan kita berikan hak kepada kepada semua rakyat dan tidak membenarkan penganiayaan kepada orang lain tanpa sebab,” katanya.

Hadir sama pada program berkenaan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi dan Ketua Penerangan, Dato’ Mohd Nassuruddin Daud.

Konsep ‘Rahmatan lil alamin’ sering diuar-uarkan Menteri Agama PH Dato’ Dr Mujahid Rawa, namun pertelingkahan antara kaum sering berlaku termasuk orang bukan Islam mempersendakan Nabi Muhammad s.a.w.



No comments: