ADAKAH ANWAR BERSALAH ?

 


May be an image of 1 person and text that says "Raja Gelap 4h Ada ramai sebenarnya akar umbi yang bising DS Anwar tak hapuskan saki baki kartel dalam Keadilan. Dan aku pula, walaupun bukan ahlı, aku sokong tindakan DS Anwar. Kalau ketika ni saki baki kartel dikeluarkan, Keadilan akan jadi lebih huru hara. Ramai akar umbi yang akan bising. Sebab kartel ini kewujudannya tidak kelihatan dengan mata kasar. Tak ramai rakyat dan akar umbi parti sendiri yang pasti sama ada MP mereka kartel atau bukan.... See more PA EN MAL WG MEDIA 1 MALAYSIAKINI.COM Naib presiden PKR keluar parti, sokong PN Ahli Parlimen Kuala Langat, Xavier Jayakumar mengumumkan kelua..."


Ada ramai sebenarnya akar umbi yang bising DS Anwar tak hapuskan saki baki kartel dalam Keadilan. Dan aku pula, walaupun bukan ahli, aku sokong tindakan DS Anwar.

Kalau ketika ini saki baki kartel dikeluarkan, Keadilan akan jadi lebih huru hara. Ramai akar umbi yang akan bising. Sebab kartel ini kewujudannya tidak kelihatan dengan mata kasar.

Tak ramai rakyat dan akar umbi parti sendiri yang pasti sama ada MP mereka kartel atau bukan.

Contoh Xavier ini. Kalaulah disingkirkan lebih awal, kemudian dia dakwa disingkirkan secara tidak adil, yang akan terkena tohmahan adalah JK Disiplin parti. Dan tempiasnya akan terkena ke presiden.

Jadi baik dibiarkan sahaja. Tapi perhatikan secara dekat. Singkirkan mereka ketika penamaan calon dalam PRU15 nanti. Itu lebih mudah dan lebih licin.

Dan rasanya Azmin sendiri memang berharap mereka ini dipecat. Kalau aku di kedudukan Azmin, aku akan fikir begitu. Lebih mudah untuk calarkan reputasi DS Anwar sekiranya mereka dipecat.

Tapi keadaan semasa, di mana pada ketika ini PN sendiri goyah kerana kekurangan majoriti, dengan UMNO sendiri kerap bermain tarik tali, Azmin tidak punya banyak pilihan selain menyuruh khadamnya melompat sekarang demi selamatkan PN.

Xavier ini dan ada beberapa nama lagi telah lama diketahui sememangnya orang Azmin. Jadi bagi aku ini tidak mengejutkan pun. Dan aku panjatkan syukur akhirnya ini terjadi.

Apakah Keadilan akan lumpuh?

Mungkin bilangan ahli parlimen Keadilan telah berkurang dengan signifikan sekarang. Tapi aku yakin Keadilan tetap gagah. Kerana yang hidupkan Keadilan adalah akar umbi.

Aku yakin mereka yang tinggalkan Keadilan dan PH ini akan dapat 'bayarannya' ketika PRU15 nanti. Para pengundi akan jelaskan 'bayaran tertunggak' atas kertas undi bila tiba masanya nanti.

Jadi tiada apa nak dirisaukan.

Dan atas sebab itu aku lebih suka PRU berbanding kerajaan SD. Kerana dengan PRU, PH boleh singkirkan cucu cicit kartel dalam cara yang paling berkesan tetapi kesan buruk yang minima.

Tapi percayalah, ini bukan yang terakhir. Akan ada lagi kartel yang bakal melompat. Mereka tahu PRU semakin dekat. Dan mereka juga tahu nama mereka akan digugurkan dari senarai calon.

Jadi mereka perlu bertindak sekarang dengan keluar parti. Jika nama mereka gugur dari senarai calon, itu akan lebih merugikan mereka.

Ada beberapa bulan lagi sebelum PRU. Akan ada beberapa lagi katak akan melompat. Lepas cukup bilangan, dewan akan bersidang sekali atau dua kali dan baharulah parlimen dibubarkan.

Oh ya... Ada beberapa orang yang salahkan DS Anwar kerana pengkhianat jadi calon semasa PRU lepas. Tapi jangan lupa ketika itu DS Anwar berada dalam penjara. Ini semua kerja Azmin.

Sekarang tak perlu banyak bicara. Tunggu lagi 2 atau tiga orang lompat dan kemudian dewan bersidang. Lepas itu kita berentap di gelanggang PRU. Rakyat pun dah tak sabar ni sebenarnya.

Raja Gelap