LAWAK SUNGGUH LA KERAJAAN PN NI…

 BOB KELANANG


'DAKWA DARURAT DIISYTIHAR SEBAB KERAJAAN HILANG MAJORITI ADALAH BERITA PALSU'

Tindakan kerajaan mendapatkan pengisytiharan darurat kerana telah hilang majoriti di di Dewan Rakyat melanggar ordinan darurat berkenaan berita palsu, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan.

"Ia satu kesalahan, bagi saya ia satu kesalahan," katanya ketika sidang media bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah di Putrajaya hari ini.

Takiyuddin berkata demikian ketika ditanya jika dakwaan sejumlah pihak yang kerajaan mendapatkan pengisytiharan darurat kerana ia telah hilang majoriti boleh dianggap sebagai berita palsu.

Sidang media itu diadakan bagi menjelaskan Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No. 2) 2021 yang berkuat kuasa hari ini.

Ordinan itu untuk mengekang "berita tidak benar" berkenaan wabak Covid-19 dan proklamasi darurat yang membawa kepada hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Pada 12 Jan lalu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengisytiharkan darurat atas nasihat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Pengisytiharan dibuat bagi mengekang peningkatan kes Covid-19. Ketika itu, terdapat sekitar 2,000 hingga 3,000 kes baru dilaporkan setiap hari.

Bagaimanapun, sejumlah pihak mengisytiharkan mengapa Parlimen turut digantung sepanjang tempoh penguatkuasaannya, lebih-lebih lagi setelah perniagaan dan sekolah telah diteruskan semula.

Pengisytiharan darurat dibuat dua hari selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Machang daripada Umno, Ahmad Jazlan Yaakub menarik balik sokongannya.

Pada hari pengisytiharan pula, seorang lagi ahli Parlimen Umno Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas) turut mengambil langkah sama.

Bagaimanapun kerajaan telah mendapat sokongan dua ahli Parlimen PKR, iaitu Steven Choong dan Larry Sng, bagi menampung kehilangan sokongannya, selepas Sultan Abdullah bertitah yang Parlimen boleh bersidang ketika darurat.

Menurut Takiyuddin, Agong telah mengisytiharkan darurat atas nasihat jemaah menteri, dan ia adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mahkamah.

Takiyuddin dan Saifuddin menegaskan di bawah ordinan ini, tujuan menyebarkan berita palsu mesti dibuktikan terlebih dahulu sebelum tertuduh boleh disabit bersalah.

Saifuddin turut memberi satu lagi contoh berita palsu yang boleh disabitkan, iaitu mendakwa ada individu yang mati selepas menerima vaksin Covid-19.

Dalam pada itu, Takiyuddin menegaskan, bertentangan dengan laporan yang membangkitkan undi maksimum RM100,000 di bawah ordinan itu, hakim mahkamah sesyen yang mendengar kes ada budi bicara.

Katanya lagi, hakim malah boleh hanya memberi amaran kepada tertuduh.

"Ordinan hanya menyatakan hukuman maksimum, bermakna hakim boleh menentukan jumlahnya," katanya lagi.

Selain denda maksimum RM100,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun, pesalah juga boleh didenda tidak lebih RM1,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

 May be an image of 1 person and text that says "g BERITA Mukhrizaimmalaysiakinl.com malaysiakini.com Mukhriz Hazim 16 Shares Dakwa darurat diisytihar sebab k'jaan hilang majoriti adalah berita palsu' mk Alyaa Alhadjri & Yasmin Ramlan Diterbitkan 12 Mar 2021, 4:21 pm Dikemaskini 4:25 pm"


Lawak sungguh la Kerajaan PN ni... punya la terdesak sampai mewartakan "Ordinan Darurat" yang menghalang orang ramai memperkatakan tentang "kerajaan yang hilang majoriti"… https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1801928559984879&id=100005032563860

KOH KOH KOH… kesian sungguh la...

Memang kesian...

Ape lagi yang mampu nak dibuat nak tutup mulut rakyat... ugut jer la dengan hukuman denda dan penjara...

KOH KOH KOH… lemau sungguh la...

Kalau benda betui... ngaku jer la... ape la masalahnya... sampaikan terpaksa buat ordinan bagai... adoilah...

Bila buat camni... lagi sah la apa yang selama ni orang perkatakan... https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1801925106651891&id=100005032563860

KOH KOH KOH… kan, kan

KOH KOH KOH… berita palsu la konon... pigirah... jilaker!!

 

No comments: