SALAM JUMAAT BUAT ANWAR

 

Image may contain: 1 person



(Dari Mohd Sayuti Omar)

Salam buat sdr Anwar Ibrahim semoga Jumaat ini memberi keberkatan kepada kita semua. Saya nak sebutkan sesuatu hakikat yang mungkin sdr lupa atau tidak mengenangnya kerana berjiwa besar.

Sdr kena sedar bahawa mereka yang bermuafakat politik dengan sdr asalnya mereka yang melawan dan mencemuhi sdr. Semasa sdr berada dalam Umno jadi TPM sdr dikecam dan dilawan. Mereka asalnya dari rahang parti² yang menentang sdr.

Mereka hanya menunjukkan sikap menyokong sdr apabila sdr tidak bersama Umno lagi.

Kenapa mereka menyokong sdr kerana mengharap kepentingan politik. Itu sahaja. Sejuring keikhlasan pun tidak ada pada mereka buat sdr.

Kesengsaraan sdr telah dijadi modal untuk mereka memperolehi sedikit kemenangan. Penderitaan sdr ada sumber rezeki yang tak diterima kasih. Lanjutan itu sdr dilupakan diperlecehkan dan tetap mempersoalkan peribadi sdr walaupun peribadi mereka juga cabuk dan boleh dipertikaikan.

Apabila sdr tidak dapat melantik mereka sebagai menteri, tidak dapat memberi "genak beras" maka sdr tidak dilihat berguna oleh mereka. Mereka adalah pempelahap material.

La Tahzan..sdr ada kekuatan dan prinsip diri. Kuasa bukan segala galanya. Kalau mereka sudah ada pilihan lain dan tidak lagi menjadikan kesengsaraan sdr selama ini modal politik mereka, biarkan saja. Rela dan izin tengok sekuat mana kehebatan sang kerbau menanduk bukit.

Sdr masih ada orang² yang empati dengan sdr yang mengkagumi idealisme perjuangan dan terhimbau dengan gaya dan sosok sdr sebagai pemimpin ada kelas. Sdr jangan mengalah dan menyesali kepada sesiapa pun kerana itu sesuatu yang tidak wajar. Jabgan lagi sdr meminta² sebab telah lama tangan sdr terhukur mahukan kuasa.

Berada dipihak kalah bersama orang ikhlas dan komited lebih baik berada di garis menang bersama orang yang khianat dan terus mengeji. Trims.

- MSO

 

 

No comments: