APA YANG MAT-ENG DAN #K3 - KELOMPOK KEMARUK KUASA MAHUKAN DARI DSAI..??

 

No photo description available.No photo description available.Image may contain: 1 person, text that says "PH komited Anwar calon PM, beri mandat runding dengan Shafie FMT Reporters July 2020 52 PM APPENDIX 3a 1.6k Shares 1.3k freemalaysiatoday.com PETALING JAYA: Pakatan Harapan mengumumkan gabungan itu "komited" dengan pendirian asal berhubung calon perdana menterinya, iaitu Presiden PKR, Anwar Ibrahim. Pengumuman ini menyusuli mesyuarat majlis presiden PH, yang turut membincangkan pencalonan Presiden Warisan, Shafie Apdal. "Majlis presiden membincangkan usaha mengembalikan mandat rakyat dan PH sebagai Kerajaan Persekutuan...PH komited dengan pendirian asal Anwar sebagai calon perdana menteri, katanya dalam kenyataan yanq ditandatanqani Anwar, Presiden Amanah,"No photo description available.

Image may contain: 1 person, text that says "APPENDIX 4 PH BUKAN GABUNGAN YG DITUBUHKAN UTK MEMENUHI KEPERLUAN SEMASA UTK JATUHKAN PM DAN PERIKATAN NASIONAL 0:14 0:14/0:48 0:48"

Image may contain: 1 person, text that says "07 JULAI 2020 APPENDIX 5 SEMUA PILIHAN DIPERTIMBANGKAN OLEH PH JIKA KITA CUKUP BILANG KITA LAKSANAKAN SKRG. JIKA MAJORITI TIPIS KITA PATUT PERKUATKAN JENTERA PILIHANRAYA ADA PEMIKIRAN MENGATAKAN PH HILG SOKONGAN MELAYU, YA. TAPI IIDAK SEMESTINYA. DSAI JIKA CUKUP ANGKA LAKUKAN SKRG, JIKA TIPIS PERKUKUHKAN JENTERA PILIHANRAYA"

Image may contain: text

Image may contain: 3 people, people sitting

1) Anda baca Kenyataan bersama Mat-Eng? Apa yg anda boleh rumuskan terutama di dalam 2 perenggan terakhir? Saya percaya telahan shbt kita Sdr Shahbudin Husin bahawa Mat-Eng secara jelas mahu menyingkirkan DSAI adalah benar. Anda boleh baca apa yg SH tulis di : https://shahbudindotcom.net/.../mat-sabu-guan-eng-mahu...

2) Gerakan ini sgt terancang dan bertali arus. Bermula dari kenyataan Pemuda Amanah, disusuli Warda, DAPsy dan disambut oleh pejuWANG Muda. Kemudian PT95, pejuWANG mahukan "Grand Coalition" disambut dgn penuh persetujuan oleh Salah Ayub. Lalu Shafie Apdal mencadangkan perubahan ke atas kepimpinan PH. "3 Mak Dara Pingitan" DAP pula mengesyorkan perubahan berani. Akhirnya Mat-Eng keluarkan kenyataan bersama yg memberi gambaran DSAI patut dipersalahkan kerana membuang masa "mengejar bayang-bayang". APA YG MAT-ENG mahu sebenarnya?

3) Mat-Eng turut memberi kata dua kpd DSAI utk memberi tumpuan melayan "sekutu" mereka iaitu PT95 dan Piee Apdal berbanding dgn MP2 dari Kerajaan. Mereka menyembunyikan hakikat yg mereka juga yg mahukan DSAI mendapatkan semula mandat rakyat yg saya pernah sanggah melalui artikel "MEMATIKAN RETORIK" pada 1 July 2020. (Rujuk Appendix 1A dan 1B). Pada Para 8) Saya sudah sebut Retorik itu perlu dimatikan utk meredakan ketegangan sesama pemimpin, juga sesama penyokong. LIHAT APA BERLAKU HARI INI...!!!

4) MARI kita selusuri peristiwa-peristiwa yg berlaku dan merakamkan sejarah bagaimana usaha "mendapatkan semula mandat rakyat" ini bermula. Selepas kejatuhan PH jika kita ikuti FB Live DSAI secara peribadi beliau sgt konsisten mahu PH diperkukuhkan utk menghadapi PRU15. Meskipun selepas Mesyuarat MP PH pada 17 Mei 2020 Kenyataan Bersama PH, Bersatu Renegade (kini pejuWANG) dan Warisan mahu memberikan "KEUTAMAAN MENGAMBIL ALIH SEMULA KERAJAAN" (Rujuk Appendix 2A dan 2B) DSAI tetap konsisten mahukan PH "move forward" perkuatkan PH utk PRU15 jika tidak cukup "numbers". Tapi di ketika ini lah di SocMed DSAI dicerca dan dihina malah dituduh tidak buat kerja, penipu, pembohong dan tidak mencari sokongan utk PH "mendapatkan semula mandat rakyat". Mereka terus menerus menekan DSAI dgn serangan-serangan KARTEL Oren masam.

5) Sungguh pun pada 06 July 2020 mereka, Amanah dan DAP dlm MP PH turut memberi mandat kpd DSAI utk berbincang dgn "sekutu" mereka dalam pakatan pembangkang bagi DSAI mendapatkan sokongan, dalam masa yg sama mereka mahukan DSAI "mengambil alih semula kerajaan" dari PN. (Rujuk Appendix Appendix 3A dan 3B) Bygkan, bukankah jika PH dicampur "sekutu" itu DSAI akan hanya memperolehi 108 MP shj?? Mereka beri pula syarat kpd DSAI jangan terima sokongan atau deal dgn pemimpin UMNO BN yg ada kes mahkamah. Di mana usaha mereka sendiri utk memujuk PT95, Piee Apdal utk menyokong DSAI? Yillek..!!

6) Dalam FB Live pada 24 Jun 2020 (Rujuk Appendix 4 Link : https://www.youtube.com/watch?v=O4K40ZpWYeA ) DSAI menegaskan bahawa PH tidak ditubuhkan utk memenuhi keperluan semasa utk merampaskan jawatan PM dan kerajaan. Beliau terus beri hint utk maju kehadapan utk PRU15 bukan "merampas kuasa kerajaan".

7) Seterusnya dalam Interview dgn sebuah News Portal pada 07 July 2020, DSAI masih konsisten mahukan PH Move forward utk perkuatkan jentera Pilihanraya JIKA hanya ada majoriti yg tipis utk ambil alih kerajaan. Namun, usaha DSAI berterusan kerana RETORIK "mendapatkan kembali mandat rakyat" masih berkuatkuasa. (Rujuk Appendix 5). Link : https://www.youtube.com/watch?v=sXzDB0nPe-g

8) Hari ini kita lihat Mat-Eng kata tindakan itu hanya umpama mengejar bayang-bayang dan DSAI patut lebih menumpukan kpd usaha mendapatkan sokongan 108 MP termasuk "sekutu" mereka.

Apa yg mereka tidak cerita ialah betapa "sekutu" mereka itu samada PT95 mahupun Piee Apdal seringkali menyerang DSAI yg tidak pernah mereka bela pun. Hari ini kemain seronok Salah Ayub bercakap dgn Astro Awani dan membayangkan DSAI perlu memberi laluan kpd anak muda (echo pendapat pejuWANG Muda) berada dalam kepimpinan tertinggi PH. Dengan ayat berlapiknya terpulang samada DSAI mahu berundur atau teruskan tugasnya sebagai Pengerusi PH. Link : https://www.youtube.com/watch?v=KtXSqh6Bf3A&feature=youtu.be

9) APA YG MAT-ENG MAHU SEBENARNYA? Adakah mereka mahu supaya DSAI perlu tunduk pada PT95 meskipun terus dihina, dicerca, difitnah dan diherdik? DSAI mahu dibiarkan terus dibuli oleh PT95? Mereka seperti pura-pura tidak faham yg PT95 dan Piee Apdal yg tidak mahu bekerjasama dgn DSAI dan PKR, malah ianya telah dizahirkan dgn jelas.

10) JIKA PT95 mahu ditarik bersekali bagi membentuk PH Plus, apa dia mahu berada di bawah kepimpinan DSAI? Dari situ apa yg kita boleh agak Mat-Eng mahu DSAI lakukan...LETAK JAWATAN dan serahkan kpd PT95 utk terajui PH Plus? Sekali lagi DSAI akan dibuli atau akan ambil keputusan PKR bergerak sendiri??

Wallahualam.

- Zus Din

17 Disember 2020