AGAK AGAK KES LEBAI NI LEPAS ATAU TIDAK? PERANTARA JAMBATAN PAS-UMNO DIZAMAN NAJIB.

 

Bicara kes CBT RM3.65 juta bekas pemimpin PAS Nasharudin 1 April

Nasharudin Mat Isa berdepan perbicaraan 17 pertuduhan pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram.

SHAH ALAM: Perbicaraan bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa atas 17 pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram membabitkan RM3.65 juta akan bermula 1 April tahun depan.

Timbalan pendakwa raya Allan Suman Pillai berkata, tarikh perbicaraan berikutnya di hadapan hakim mahkamah sesyen Rozilah Salleh juga sudah ditentukan pada Jun, Julai dan Ogos.

“Tarikh dipersetujui ketika kes itu disebut di hadapan Rozilah hari ini,” katanya kepada FMT.

Peguam Mohd Shukri Ahmad Mansor mewakili Nasharudin.

Awal bulan lalu, bekas Ahli Parlimen Yan dan Bachok itu dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) atas 16 tuduhan CBT membabitkan penerimaan tidak jujur RM321,273.80 sebagai gaji kerana menjadi pengerusi Yayasan Nassar antara 2015 dan 2018.

Bagaimanapun, beliau akan dibicarakan atas 14 pertuduhan CBT dan tiga pengubahan wang haram membabitkan RM3.65 juta.

Pada 19 Okt 2019, beliau berdepan 33 pertuduhan pengubahan wang dan CBT berjumlah RM4 juta.

Nasharudin ialah timbalan presiden PAS dari 2005 hingga 2013. Beliau dipecat kerana mengkritik parti itu dan tidak menghadiri mesyuarat.

Beliau menjadi rapat dengan Najib Razak sebelum PAS dan UMNO menjalin kerjasama politik, dan pernah menemani bekas perdana menteri itu dalam lawatannya ke Gaza di Palestin.



No comments: