ANWAR TIDAK BOLEH DIAM MEMBISU

 

Anwar tidak boleh diam membisu

BELIAU SEMAKIN TIDAK DIHORMATI KAWAN

Anwar mesti keluarkan kenyataan rasmi. Dia seolah olah tidak lagi dihormati oleh rakan PH apabila Mat Sabu dan LGE mengeluarkan kenyataan rasmi untuk bersama PH Plus. Sikap membisu Anwar hanya buat dia semakin hilang kewibawaan.

Anwar tidak boleh membiarkan hampir setahun lamanya penyokong dan ahlinya mempertahankannya sdgkan beliau sendiri dilihat defensif akhir-akhir ini.

Penyokong PKR dan Amanah terutamanya dilihat semakin sukar utk bekerjasama jika berlangsung PRU15. Saya yakin akan berlaku unsur sabotaj antara ahli-ahli PKR dan Amanah sendiri.

Persoalannya kenapa Anwar membiarkan sahaja ahli-ahli dan penyokongnya saban hari siang dan malam mepertahankannya sdgkan beliau sendiri berdiam diri seribu bahasa dan hanya sesekali keluarkan kenyataan mengenai SD. Menyuruh ahli-ahli PKR untuk bertindak agresif pun tidak, menyuruh ahli PKR bersedia utk sebarang kemungkinan pun tidak.

Malah masalah dalaman parti pun Anwar dilihat membiarkan begitu sahaja. Sekurang-kurangnya  bersuara dan pertemuan antara pemimpin PH mesti kerap diadakan untuk memberi info terkini kepada penyokong-penyokong PH tapi sayang ia tidak berlaku..

Anwar dilihat terlalu berahsia terlalu lama. Bukan sahaja parti komponen tetapi ahli-ahli PKR juga sudah ada tidak sabar lagi asyik berperang sesama sendiri dgn rakan PH kerana Presiden mereka diam membisu sejak akhir-akhir ini.

Jgn sampai penyokong dan ahli PKR meninggalkan Anwar yg hanya tinggal nama seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Ahmad Boestamam dan lain-lain dalam perjuangan membela nasib rakyat...

Credit:

Norman Radzuan

 

 

No comments: