Dapat sokongan, bentuk kerajaan dua perkara berbeza


Malaysiakini - Adib case: MP accused of threatening nurse files police  report


Dapat sokongan, bentuk kerajaan dua perkara berbeza

Noor Amin bin Ahmad

Semasa Langkah Sheraton, Tun M dapat SD yang cukup kuat, hebat dan meyakinkan. Tetapi kerajaan tidak dapat dibentuk di bawah pimpinan beliau. Ada 2 alasan berbeza. 1) Tun M tak mahu org2 tertentu, 2) Mereka nak sokong Tun M secara en bloc dan tak mahu parti tertentu.

Ia menjelaskan bahawa mendapat sokongan dan membentuk kerajaan adalah dua dinamik yg berbeza. Seorg pemimpin boleh mendapat cukup sokongan, tetapi belum tentu pelbagai pihak yg beri sokongan boleh bersetuju bersama membentuk kerajaan.

Alasan2 pasti berbeza. Mesti ada sebab kenapa pemimpin tertentu dapat sokongan besar. Mesti ada sebab kenapa parti2 atau individu2 tidak boleh bersama membentuk kerajaan.

GPS misalnya memberi syarat bahawa mereka terbuka menyokong Tun M, dan kemudian juga Anwar. Tetapi mereka tidak boleh menerima DAP. Begitu juga UMNO. Anwar menolak usul pembentukan kerajaan tanpa DAP.

Kemarahan GPS dan UMNO kepada DAP tentulah mereka yg lebih tahu dan berhak menjelaskannya. Tapi ya, Anwar yg kena tolong jawab dan pujuk. Anwar yg salah sebab enggan tinggalkan DAP tapi tak boleh pujuk mereka terima DAP.

Kita sepatutnya merenung ke dalam, bertanya dan membezakan sebab2 yg sah dan tidak sah untuk merumus persoalan yg rumit dlm demografi pengundi.

Fakta-fakta kes perlu dibentang dgn baik untuk membolehkan kita berfikir dgn jelas. Sebelum Langkah Sheraton, Tun M terpaksa pujuk Bersatu dgn cadangan rombak Kabinet. Siapa beliau mahu tukar waktu itu? Menteri Kewangan dan Menteri Komunikasi. Ini fakta kes yg tak ramai mahu sebut.

Mengapa 2 Menteri tersebut? Kita di dalam PH tentulah merasakan mereka bukanlah Menteri yg teruk. Tapi kenapa mereka yg Tun M akur untuk tukar? Ini perlu difikirkan secara mendalam. Jangan gopoh dgn sedikit maklumat dan emosi yg ditiup oleh sesetengah kalangan.

Sesetengah pihak secara mudah mahu memalit kelemahan PH konon kerana Anwar wujudkan ketidakstabilan. Mereka pejam mata kpd protes rakyat dlm siri pilihan raya kecil kerana kelemahan dalam dasar2 kerajaan. Sama ada dasar lemah atau pelaksanaannya lemah.

Saya boleh menulis dengan lebih banyak tentang Langkah Sheraton. Maklumat yang saya ada lebih daripada apa yang pernah ditulis oleh pelbagai pihak. Sebagai penulis saya telah mendengar dan membaca drpd semua blok politik yg ada di Parlimen. Banyakkan mendengar dan bertukar fikiran. Jangan lekas hukum.



No comments: