Gagal bekal LCS berlaku selepas saya, tapi sedia bantu PAC, kata Zahid.Siapa selepas "saya"...

 

(Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas menteri pertahanan Ahmad Zahid Hamidi yang dipanggil sebagai saksi siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke atas kegagalan pembekalan kapal tempur pesisir (LCS), berkata isu itu hanya timbul pada 2019 ketika beliau tidak lagi memegang jawatan itu.

Sesi Zahid bersama jawatankuasa dwipartisan itu dijadualkan pada Januari, berhubung kegagalan Boustead Naval Shipyard (BNS) membekalkan enam LCS – projek yang dianugerahkan pada 2014 dengan kapal pertama sepatutnya dibekalkan pada April tahun lepas.

Dengan nilai perolehan sebanyak RM9 bilion, ia merupakan yang terbesar dalam sejarah Kementerian Pertahanan (KEMENTAH), namun sehingga Okt lepas tiada sebuah pun kapal siap dibina walaupun selepas RM6.083 telah dibayar.

“Saya berhenti sebagai menteri pertahanan pada 2013 dan tidak pula menjawatnya pada 2019. Pastinya isu ini berada di luar pengetahuan saya,” katanya di Facebook.

“Penjelasan ini sama sekali tidak mengubah niat saya untuk terus memberikan kerjasama dan membantu PAC dalam melengkapkan siasatannya.”

Zahid menggalas portfolio pertahanan dari April 2009 sehingga Mei 2013.

Selain Zahid, saksi lain yang akan dipanggil membantu siasatan adalah bekas panglima tentera laut, Abdul Aziz Jaafar, dan BNS, kontraktor utama projek itu.

Zahid dalam kenyataan hari ini menegaskan beberapa perkara, antaranya BNS syarikat milik Bousted Holdings Berhad, di mana pemegang saham terbesarnya adalah Lembaga Tabung Angkatan Tentera “milik kerajaan” dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) “yang juga milik kerajaan”.

Dalam penjelasan lanjut, Zahid berkata penganugerahan kontrak kepada BNS mengikut Garis Panduan Permohonan Perolehan Secara Rundingan Terus bertarikh 17 April 2002, yang secara jelas menyebut rundingan terus hanya boleh dibuat “setelah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan dan bukannya menteri pertahanan”.

Berkenaan isu denda lewat kepada BNS, Zahid berkata KEMENTAH menyatakan satu surat tuntutan telah diserahkan kepada “pegawai pengawal” untuk kelulusan.




No comments: