MENTERI..JANGAN LAH JADI BODOH

 

Pelajar universiti dijangka kembali ke kampus menjelang Mac.Ditengah pendemic ini sedang mengamuk, dia kemukakan cadangan tiktok membawa pelajar ke kampus....

facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Kementerian Pendidikan Tinggi, bekerjasama dengan kolej dan universiti dalam memperkukuhkan prosedur operasi standard sedia ada membabitkan pelajar.

PETALING JAYA: Pelajar universiti boleh kembali ke kampus masing-masing menjelang Mac tahun depan jika Majlis Keselamatan Negara (MKN) mempersetujui cadangan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Menterinya Noraini Ahmad berkata, beliau akan mengemukakan cadangan tersebut kepada MKN terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat.

“Ia masih dalam perbincangan, KPT mencadangkan bulan Mac ini bagi permulaan semester, namun ia tidak boleh disahkan sehinggalah MKN bersetuju.

“Kami akan membentangkan cadangan ini kepada MKN dalam masa terdekat, apabila OK, baharulah diumum secara rasmi,” katanya, lapor akhbar Berita Harian hari ini.

Noraini berkata, pihaknya kini bekerjasama dengan pihak kolej dan universiti dalam memperkukuhkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada membabitkan pelajar.

Tambahnya, antara SOP yang dicadangkan adalah pihak kolej perlu menyediakan ruang yang cukup untuk membolehkan pelajar mematuhi arahan penjarakan fizikal yang betul.

“Cadangan lain adalah kelas secara hibrid akan dilaksanakan untuk mengurangkan risiko,” kata Noraini.

Kelas hibrid menggabungkan pembelajaran secara bersemuka dengan beberapa aktiviti pengajaran dalam talian.