Parti Amanah hanya menyertai satu gabungan politik iaitu PAKATAN HARAPAN. Tidak dua dan tidak tiga.

 

JAMZURI ARDANI


Image may contain: 1 person, text that says "HARAPAN Amanah AMANAH kekal menolak isu perkauman sempit dan jalur agama yang kasar dan keras dengan menegaskan prinsip Rahmatan Lil Alamin (RLA) sebagai 'uncompromising principle'(p (prinsip yang tidak boleh dikompromi) yang diimaninya. #sembuhkannegara #pulihkandemokrasi Dx moahıu yorot Rana NAIB PRESIDEN AMANAH AHLI PARLIMEN PARIT BUNTAR MUJAHID DrMujahid Rawa @mujahidrawa f Dr Mujahid Yusof Rawa"


PAKATAN HARAPAN adalah gabungan politik yang kami dokong sepenuh hati. Kami mendokong gabungan politik ini secara aktif, sedar dan bertanggungjawab, bukan secara melulu. Kami memberi pandangan, menerima pandangan, membahas pandangan, menilai pandangan, mengkritik pandangan dan akhirnya akan sentiasa berpegang dengan keputusan gabungan yang dibuat secara konsensus. Itu sangat jelas dan telah terbukti sekian lama.
Sebagai salah satu komponen dalam PAKATAN HARAPAN parti Amanah akan berusaha memastikan perjuangan politik melalui PH sentiasa menghayati prinsip-prinsip asas yang dipegang sejak dari awal penubuhannya pada tahun 2015.
Cadangan GRAND COALITION adalah idea yang masih berada dalam kerangka besar PAKATAN HARAPAN. Ianya bukan untuk menggantikan PAKATAN HARAPAN dan tidak juga untuk melantik pemimpin baru PAKATAN HARAPAN.
GRAND COALITION adalah cadangan agar PAKATAN HARAPAN membina kekuatan politik yang bersepadu dengan semua pihak di dalam blok pembangkang bagi mempersiapkan diri menghadapi PRU15.

No comments: