BETTER LATE THAN NEVER


ahmad shahril

Semasa PH jadi kerajaan, semua beban dipulangkan ke atas bahu kerajaan. Sajat pergi umrah pakai telekung pun salah kerajaan.
Daripada ahli akademik di universiti sampai lebai di kedai kopi, kerajaan dipersalahkan dalam isu Sajat.
Tak terdengar pula sesiapa yang ungkit Sajat dah mumaiyiz. Tak ada pula dikaitkan dengan tanggungjawab ibu bapanya dalam pendidikan.
Semua muncung senapang dan anak panah ditala kepada kerajaan. Kononnya kerajaan PH merestui maksiat, meredai kejahatan, tidak sensitif dengan agama dan macam-macam lagi.
Jika setakat lebai kampung berkata begitu di kedai kopi, itu perkara biasa. Tapi perkataan begitu merawit sampai ke sebahagian orang yang mengaku ilmuan di menara gading.
Kini, dalam isu wanita Muslimah pemain hoki diberitakan berkahwin dengan ketua pasukan hoki India yang bukan Muslim, terdengarlah ilmuan menara gading minta masyarakat jangan salahkan kerajaan.
Kerana, gadis itu ada walinya, ada ibu bapanya dan mereka patut dipertanggungjawabkan dalam hal ini, bukan kerajaan. Tak patut kerajaan dipersalahkan. Begitu kurang lebih kata ilmuan kita.
Baguslah kalau dah sedar begitu. Maknanya tindakan kamu menyalahkan kerajaan PH dalam semua hal seperti yang kamu buat sebelum ini adalah tindakan yang tidak tepat.
Terima kasihlah sedar walaupun terlambat kerana itu lebih baik daripada tak sedar langsung. Better late than never, kata lebai kampung aku.
Kredit : Zolkharnain Al- Abyahdi



Image may contain: ‎2 people, ‎text that says "‎Hd h SAFA MARWAH والمروة الصفا i HARAKAHDAILY.NET Sajat: Mujahid dan K'jaan PH patut disalahkan RAKYAT negara ini dari semua peringkat kini heboh ber...‎"‎‎





No comments: