RM150 juta Berjaya Times Square: Untuk bumiputra ke untuk Vincent Tan?untuk Melayu Isle la boh !!!!!!!

 

RM150 juta Berjaya Times Square: Untuk bumiputra ke untuk Vincent Tan?
Sehingga kini belum ada kajian dibuat bersabit keperluan bumiputera berniaga di Times Square membolehkan perniagaan mereka maju di saat ramai peniaga Cina menutup perniagaan mereka di situ.

RM150 juta Berjaya Times Square: Untuk bumiputra ke untuk Vincent Tan?

Tindakan Menteri Wilayah Persekutuan mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membeli dua ruang ruang niaga di Berjaya Times Square dengan harga hampir RM150 juta dipertikaikan oleh banyak pihak.

Ini kerana, bangunan milik taikon judi Vincent Tan itu kini banyak kosong kerana ditinggalkan oleh peniaga asal mereka yang kebanyakannya bukan Melayu dan Bumiputra.

“Untuk bantu bumiputra ke untuk bantu pemilik Times Square, Vincent Tan mendapat hasil?” tanya Johar Ismail, seorang penulis melalui facebook beliau selepas Tan Sri Annuar Musa mengumumkan langkah itu.

Menteri Wilayah Persekutuan,  Annuar Musa berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah memperuntukkan kira-kira RM150 juta untuk memiliki ruang di tingkat 1 dan 4 di Berjaya Times Square khas untuk peniaga bumiputera.

Pihaknya juga sedang mengkaji cara terbaik bagi membantu seberapa ramai peniaga bumiputera untuk meluaskan perniagaan di pusat membeli-belah berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian.

Ekoran laporan itu, Johar Ismail mempertikaikan langkah itu.

“Apakah otak menteri hanya fikirkan kepentingan pemilik Times Square berbanding keperluan peniaga bumiputera?

“Bukankah lebih baik duit RM150 juta yang mengalir ke Times Squre dijadikan dana untuk peniaga kecil bumiputera untuk terus hidup dan berdaya maju akibat himpitan ekonomi disebabkan covid 19,” kata beliau.

Menurutnya, “sehingga kini belum ada kajian dibuat bersabit keperluan bumiputera berniaga di Times Square membolehkan perniagaan mereka maju di saat ramai peniaga Cina menutup perniagaan mereka di Times Square.”

Para netizen yang mengulas tulisan beliau juga bersetuju dengan Johar.

Burhanudin Ismail menulis “Times Square nak mampus doh, tiada sambutan, ini semua nak tolong Vincent Tan, semata-mata.”

Faizol Azha pula membanding projek kerajaan BN dahulu yang mahu membangunkan perniagaan IT di kalangan bumiputra di bangunan Mara “Tengok per jadi dengan Mara Digital…”


No comments: