NORMAN RADZUAN
Bukan saya racist tapi maaf agama ku melarangnya
UCAPAN KRISMAS & PERKAHWINAN MURTAD
Sejak sekian lama dlm penulisan saya sgt kritis melawan sikap
perkauman yg dimainkan oleh parti2 politik. Sejak dari alam persekolahan
sehingga skg saya sudah terbiasa dgn kehidupan kepelbagaian kaum di mana agama
saya mengajar menghormati agama2 yg lain.
Apatah lagi apabila berhijrah ke Sabah. Keluarga sebelah isteri
ada yg beragama Kristian dan Budhist. Kami boleh hidup bersama dlm suasana
saling hormat menghormati. Namun dlm keterbukaan beragama saya ada batasannya.
Diharap saudara mara ku yg bukan Muslim memahaminya.
Seperti hari Krismas menjelang tiba bukan saya tidak mahu
meraikan atau mengucapkannya. Ikuti kisah ini mengapa saya tidak dpt meraikan
bersama hari Krismas bersama kalian.
Berhubung perayaan hari Krismas atau Tahun Baru Masehi yg hampir
tiba. Inilah yg dimaksud, TOLERANSI BERAGAMA. Indahnya saling ingat dan
mengingatkan.Menjelang Perayaan Krismas..
Muslim: Bagaimana sambutan Hari Krismas mu?
David: Baik, tapi kau tidak mengucapkan selamat Hari Krismas
padaku.?
Muslim: Tidak, agama kami menghargai toleransi antara agama,
termasuk agamamu. Tapi urusan ini, agama saya melarangnya.!
David: Tapi kenapa..? Bukankah hanya sekadar kata2...?
Muslim: Benar....Saya menjadi muslim pun kerana hanya sekadar
kata2 iaitu mengucapkan dua kalimat syahadat. Saya halal menggauli isteri saya
pun kerana hanya sekadar kata2 iaitu akad nikah dan Isteri saya yg ketika ini
sedang halal saya gauli pun boleh kembali menjadi haram atau zina jika saya
mengucapkan kata talak atau cerai padahal hanya sekadar kata2.
David: Tapi teman2 muslimku yg lain mengucapkannya padaku..?
Muslim: Ooh... mungkin mereka belum faham dan mengerti. Oh ya,
bolehkah kau mengucapkan dua kalimat syahadat David?
David: Oh tidak, saya tidak boleh... Itu akan mengganggu
keimananku..!
Muslim: Kenapa? Bukankah hanya kata2 toleransi saja? Sila
ucapkanlah..!!
David: Ok ok.. sekarang saya paham dan mengerti..
Inilah yg menyebabkan Buya Hamka memilih utk meletak jawatan
daripada Jabatan Dunia, sebagai Ketua MUI iaitu Majlis Ugama Indonesia ketika
didesak oleh pemerintah utk ucapan Selamat Hari Krismas.
Meskipun anggapan, hanya berupa kata2 keakraban atau sekadar
toleransi. Namun di sisi Allah, nilainya menunjukkan kerendahan Akidah.'Lakum
diinukum, waliyadiin'...untukmu agamamu dan untukku agamaku.
Buya Hamka namanya cukup besar di rantau Asia Tenggara ini.
Adakah kerana beliau terlalu hebat ilmunya? Ya pastinya ilmunya hebat kerana
itu beliau diangkat menjadi Ulama tetapi dlm masa sama tentulah ramai juga yg
sehebat ilmu Hamka.
Hebatnya Hamka dari kacamata saya hasil pembacaan buku dan
fikirannya, beliau tidak menjual ilmunya utk kesenangan dunia. Beliau sanggup
terpenjara kerana menjaga akidah dan prinsipnya sepertimana dilakukan oleh
Ulama2 dan Imam2 sebelum ini.
Beliau sanggup meletak jawatan dan menolak jawatan yg hebat demi
prinsip menjaga kehormatan agamanya.... beliau berilmu dan bijak menghuraikan
ilmunya dgn adil. Bukan sahaja ilmu utk akhirat tetapi ilmu duniawi dan perlu
diakui beliau adalah intelektual agama sepertimana dpt kita lihat pada tubuh Sheikh
Dr Yusuf Qardawi.
Yg lebih penting dari itu Hamka tidak pernah menjual agamanya
utk menduduki jawatan dunia. Apa dikata dikotakan dan bukan utk tujuan politik
atau kepentingan peribadi.
Ketegasan Hamka akhirnya merendahkan kegoan Presiden Sokoerno apabila
mengirimkan surat kpdnya utk disolatkan jenazahnya jika dia meninggal dunia.
Sokoerno tahu Hamka itu seorang yg benar walaupun dia penjarakan Hamka.
Itulah membezakan Hamka dgn Ulama2 yg lain. Ada Ulama gayanya
seperti Sufi tetapi tidak berani menegur pemerintah apatah lagi bila diberi
jawatan sebagai Menteri. Ada Mufti yg berilmu tetapi tidak berlaku adil dlm
beberapa hujahan.
Contoh seperti perkahwinan 'murtad' yg sdg heboh di media
sosial... tiada sebarang komen lagi didengar dari Menteri mahupun Mufti dlm
tempoh 24 jam yg lalu. Selepas Hamka saya tidak melihat lagi Ulama2 yg sehebat
beliau di rantau ini. Allah melindungi agama ini.