Kerjasama politik masa hadapan tidak kira ideologi?


Malaysia gay sex video: Haziq's boss Shamsul Iskandar shocked and baffled,  SE Asia News & Top Stories - The Straits Times

Jajaran baharu politik Malaysia semakin tidak mengikut ‘tradisi pemikiran politik’ berikutan perkembangan terbaharu di Perak dan Johor.

Bagi Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, tidak dapat dinafikan ahli-ahli politik di negara ini sedang bereksperimen beberapa kaedah bagi menguruskan pentadbiran tanpa berasaskan idelogi perjuangan sesebuah parti sebagaimana sebelumnya.

Menurut Shamsul, konsep baharu kerjasama politik ini mungkin akan menjadi lebih matang pada masa hadapan sebagaimana di Jerman, yang mana pakatan di peringkat negeri tidak sama dengan gabungan yang mentadbir di persekutuan.

“Saya ambil contoh dua negeri yang kita boleh ukur apakah ini formula yang baik. Misalnya Perak, baru-baru ini berlaku perubahan Menteri Besar (MB). Ada satu perkara yang menarik apabila usul percaya dibuat terhadap MB disokong pembangkang di Perak menyebabkan jatuhnya MB dan baru-baru ini di dalam dewan yang sama, sekali lagi ditunjukkan muafakat mereka (ADUN) menyokong MB Umno walaupun dalam pembangkang itu ada elemen yang dianggap sensitif oleh parti Umno selama ini, dan kemudiannya kita lihat gabungan itu berjaya menguruskan negeri.

“Di Johor lagi menarik, pengalaman dalam dewan, Speaker masih lagi dari Amanah, Timbalan Speaker dari DAP dan MB Johor mengumumkan PH merupakan rakan strategik.

“Ini adalah model yang perlu dibahaskan apakah kita sedang bergerak ke arah pengalaman politik seperti di Jerman misalnya, ada gabungan lain peringkat persekutuan, gabungan lain pula di peringkat negeri.

“Adakah ini mencerminkan satu prinsip yang betul seperti diungkapkan. Atapun ianya sekadar satu mekanisme untuk mengurus politik untuk menjadikan ianya stabil?” katanya dalam forum anjuran Dialektika TV bertajuk, ‘Adakah Jajaran Politik Baru?’ malam tadi.

Kata Shamsul lagi, jajaran politik baharu penting untuk survival negara seperti Malaysia yang majmuk dan kesemua ideologi boleh menyumbang kepada pengukuhan pentadbiran.

Bagaimanapun, menurutnya, masih terlalu awal untuk meramalkan penjajaran politik tersebut sebagai mapan dan berterusan atau hanya strategi menghadapi pilihan raya sahaja.

“Kita balik kepada persoalan asal, apakah jajaran baru ini keperuan, jawabnya: Ya, ia satu keperluan. Apakah ia penting dan relevan untuk negara kita: Ya, ia relevan dan penting. Kita negara yang pelbagai, bukan mono hanya hatu bangsa. Jadi pengalaman dan kebijakan oleh pemimpin-pemimpin sekarang penting untuk kita sama-sama hayati ke arah PRU 15.

“Apakah jajaran yang boleh memastikan ianya menyelesaikan masalah kepelbagaian ini, dan dalam masa yang sama kita mengangkat pemimpin yang boleh menyantuni kepelbagaian ini?

“Kalau tidak ianya hanya kerjasama politik yang berlaku sebelum pilihan raya atau selepas pilihan raya. Tengok siapa dapat kerusi yang banyak, panggil untuk bentuk kerajaan. Ia akan jadi seperti mana apa kita ungkapkan malam ini, iaitu penjajaran baru yang ideal dan mengambil kira kepelbagaian kaum dalam negara kita,” katanya lagi.


No comments: