Muafakat Nasional sebuah gabungan yang retak menanti belah. Bila-bila masa boleh berderai.

 Image may contain: one or more people, text that says "malaysiakini PRU15: PAS tak kerjasama dengan Umno jika tanpa Bersatu Annuar PAS menyatakan pendirian itu dengan jelas dalam mesyuarat Muafakat Nasional lalu, kata Annuar yang menjelaskan dakwaan Umno tidak mendapat penghormatan dalam PN sebagai cerita rekaan. 20 NOVEMBER 2020 AT 11:59"


FAEZUDDIN PUAD


Kelihatan sekarang ni PAS cukup sayang Bersatu berbanding UMNO. Misalnya UMNO tegas buat keputusan untuk tidak sertai PN tapi PAS sanggup ketepikan UMNO untuk sertai PN. Dalam struktur pimpinan PN, Ketua Pemuda PAS dilantik sebagai Ketua Pemuda PN manakala Presiden PAS dilantik sebagai Timbalan Pengerusi PN.

Muafakat Nasional? Walaupun sudah meterai satu piagam namun sehingga hari ini tidak ada struktur kepimpinan yang jelas dan tidak didaftarkan di ROS secara rasmi.

Nampak sangat PAS lebih utamakan PN berbanding MN. Sanggup ugut tinggalkan UMNO demi nak bersama Bersatu.

Muafakat apa begini?

PAS langsung tak jaga perasaan UMNO.

Hari demi hari, UMNO akan kenal juga wajah PAS yang sebenar.

 

No comments: