Kata Menteri Banker, jika Belanjawan tidak diluluskan, kemungkinan Kerajaan tak mampu bayar gaji kakitangan awam terutama frontliner. Sebenarnya aku bimbang, jika Belanjawan ini diluluskan pun belum tentu tentu kerajaan mampu bayar gaji kakitangan awam.
Sebab apa?
Sebab Kerajaan telah bunuh dan runtuhkan ekonomi dan akhirnya melibatkan hasil Negara.
Kalau sebab tak lulus tak boleh bayar gaji... ehh sebelum ni tak bawa ke Parlimen pun boleh bagi BPN. PM terbuka atap berucap dan baca doa depan TV, boleh lancarkan pakej rangsangan suntikan Fiskal lebih RM45 billion. Sedaplah masa tu makan hasil dan simpanan kerajaan PH.
Setiap suku tahun kewangan, Kerajaan terpaksa belanja lebih RM20 billion untuk Emolumen iaitu gaji kakitangan awam. Setahun lebih RM80 billion. Pencen saja Kerajaan terpaksa tanggung setahun lebih RM28 billion. Soalnya dari mana Kerajaan nak dapat duit tahun ini. Ini yang Tun kata sungguh menakutkan.
Ini belum masuk perbelanjaan dalam Perkhidmatan dan Bekalan yang menjadi rezeki peniaga dan kontraktor yg bergantung hidup pada kerajaan lebih RM40 billion setahun.
Bagaimana belanja Kenaan Tetap dan Bayaran Khas seperti Kebajikan, seperti BRIM, itu saja lebih RM100 billion. Apakah kerajaan mampu lunaskan? Itu belum masuk Perbelanjaan Pembangunan yang kita dah pasti terpaksa pinjam.
Belanjawan tahun ini lebih RM320 billion pada anggaran defisit RM85 billion. Perbelanjaan mengurus sahaja sudah melebihi unjuran pendapatan yang tak realistik. Kita harus ingat, Malaysia antara negara yang terpaksa menanggung perbelanjaan mengurus dan emolumen paling tinggi. Hampir 100% dari hasil.
Tun kata ramalannya kerajaan bukan hanya defisit lebih RM80 billion seperti dalam unjuran, tetapi mungkin melebihi RM100 billion atau hutang akan mencecah RM1.3 trilion.
Maknanya apa?
Untuk Bayar gaji kakitangan awam, pencen saja kerajaan mungkin terpaksa pinjam dan sakau dari tabungan rakyat, Itu hampir pasti.
Jadi mahu terus PKPB? Mahu terus bunuh ekonomi atau mahu cagar tanah dana aset negara ini kepada China seperti mana Sri Lanka. Jadi ini masanya selamatkan negara. Kerajaan tebuk atap bukan saja sedang membunuh ekonomi rakyat, hatta memufliskan negara, tu sebab depa nak dharurat... -
Ipohmali, edited by papa Bob