Salam Jumaat semua.
Nak cakap sikit ni dari pandangan peribadi saya.
Dalam kita duk menghentam Menteri-menteri babun PN...kita jangan pulak buat-buat lupa bagaimana sikap Menteri-menteri PH dulu.
Korang masih ingat lagi ker?...apabila kita para cybertroopers dan cytro PH DI LUPAKAN dengan sekelip mata (apabila PH menang dan berkuasa)?. Mereka pilih pulak Pegawai-pegawai Khas dan Setiausaha sulit yang di ambil di kalangan mereka-mereka yang SOMBONG, BONGKAK, EGO, BERLAGAK dan kemudiannya kita tahu...bahawa mereka semua tu turut di kutip dari cebisan-cebisan atau sisa-sisa sampah UMNO dan PAS. Bukan pejuang atau penyokong PH pun. Korang tahu, kan?.
Malah, sehingga hari ini...tiada seorang pun bekas- bekas Menteri tersebut mengambil berat atau teringin untuk bertanya khabar tentang cytro-cytro PH. Padahalnya, kita semua ini sudah berjuang dengan keringat dan wang kita sendiri demi menolak pasukan jahanam kleptokrat. Tak pernah mintak satu sen daripada mereka (pemimpin-peminpin PH).
Masih ingat tak lagi...betapa sombong dan angkuhnya Menteri-menteri PHk itu. Kita wat surat nak jumpa pun...akan di balas "Kami sibuk menguruskan hal ehwal negara, sila berjumpa dengan SUSK saya". Sekejap pun tak boleh?. Bukannya nak minta projek,,,bukannya nak mintak duit korang. Kami nak jemput untuk bertemu muka dengan cytro-cytro dan facebooker- facebooker PH jer. Makanan/minuman dan tempat perjumpaan itu pun kami sewa dan bayar sendiri. Nak suh korang datang jerk!, Itu pun tak boleh?
Masih ingat tak?....tanpa pertimbangan sewajarnya, Menteri KKM telah mengambil tindakan yang amat drastik dengan mengharamkan penghisap rokok dari MEROKOK di Kawasan atau restoran yang terbuka?. Tak sempat-sempat dia nak mencipta kemarahan kami.
Masih ingat tak?...bila MP dan ADUN bukan Melayu dari DAP/PKR..duk memperlekehkan orang-orang Melayu dan mempersoalkan tentang HAK MUTLAK ORANG-ORANG MELAYU DI MALAYSIA?. Teruk PH di serang...dan kami lah yang terpaksa menghadap dan menjawabnya. Menteri-Menteri PH masa tu...pergi ke mana?
Mungkin ada kebaikan di atas KECURANGAN YIDDIN AND THE GANG dan di atas KELEMAHAN-KELEMAHAN PH TERSEBUT demi untuk mengajar para Menteri, MP-MP dan Adun- Adun PH...agar faham dengan maksud dan erti "TERIMA KASIH". Kenapa, susah sangat ker nak ucapkan TK?
Takpe la....kerana sang pengkhianat itu semua ni, kami tetaplah bersatu serta terus berjuang agar KERAjaan PN jatuh dan pemimpin-pemimpin PH mengambil iktibar di atas kelalaian dan kekhilafan mereka semasa berkuasa. Belajarlah dari kesilapan itu atau...PH tidak akan di terima lagi oleh seluruh warga Malaysia termasuk dari penyokong-penyokong mereka.
Terima kasih.
Ikhlas tapi benar,
Mohd Asri Bakar.