PANAS!! SETAKAT ITU SAJA KER 'OTAK' MENTERI AGAMA…



Tak payah kalutlah bani Melayu dengan Muslim Pro tu. Hangat-hangat tahi ayam jer. Sembanglah, dulu… ingat lagi, Mufti Wilayah buat fatwa pasal haram main Game PokemonGO. 


Apa jadi? 


Masa aku kritik menteri Agama, aku pulak kena bantai. Bila mufti tu dah jadi menteri, baru kenal, bukan bijak mana pun. Nak buat peraturan solat, SOP solat dah 9 bulan 'fail', takda pulak orang kata ikut SOP kafir...

Kononnya dulu pencerobohan data dari orang kafir. Sebelum ni dok ajak boikot FoodPanda kononnya pemilik dia dari India. Tak payah sembanglah bab Muslim Pro lah bani Melayu.

'My Sejahtera' tu pun server dia berpengkalan di Singapore, kata sistemnya berpengkalan di US. Ikutkan My Sejahtera lagi bahaya, dia tahu jenis kaki pergi masjid, pergi pasaraya, kaki makan kat mana, semua tu dia boleh jejak.

Ni karang keluar lah ustaz-ustaz dengan teori Freemason, Iluminati, dajal semua. Kalau depa nak data, dari facebook, dari tiktok semua depa boleh dapat. Dari portal Shoppe dari Lazada, depa boleh dapat, Google, peranti Huawei, Apple. Ko sembanglah bab apa pun. Tiba-tiba keluar iklan benda yang ko sembang tu, mana dia tahu? Itulah teknologi AI...

Ni orang panggil teknologi dajal, tapi takdelah aku nak bagi kuliah, jual cerita mistik macam ustaz-ustaz tu. Ustaz tu sembang alam kubur, Freemason tu nak duit jer. Last-last letak no akaun kat bawah.

Ni boikot Perancis masih berjalan ker tak? Dulu boikot McD, sekarang cawangan McD makin banyak, makin ramai pulak pergi, ke dah stop macam boikot FoodPanda ni.

Ni pun satu geng-gang BMF sikit pun tak berguna, menyusahkan jer, last-last fitnah mee kari orang. Dah lah memikir malas... lepas tu sembang benda mistik. Sembang pandai sangat Teknologi, last-last percaya dengan Capal. Susah lah macam ni, bila nak maju... - 


Ipohmali,  edited by papa Bob