ASAL MELAYU BUAT APA PUN TAK APA


Jamzuri Ardani

 Kerajaan Bani Melayu ni macam restoran milik orang Melayu laa. Jual makanan tak payah ada sijil halal.  Orang Melayu laaa kata ... tak kan nak jual makanan tak halal. Bila tak ada sijil halal, tak perlulah ada audit bagai. Kalau tauke restoran tak jujur, daging lembu mati kena langgar pun kita makan je ... tak kan orang Melayu nak jual makanan tak halal ... itu yang semua orang fikir. 


Sebab itu bila kerajaan Bani Melayu ni jual aset KWSP pada orang Cina pun orang Melayu tak kisah. Depa terminate kontrak syarikat Melayu bagi pada Cina pun orang Melayu tak kisah.  Tabung Haji rugi berbilion pun tak apa. Masjid tutup pun tak kisah. Rasuah pun tak apa.  Tak kan pemimpin Melayu nak khianati Islam dan Melayu. Itu fikir kebanyakan orang Melayu.


Kita dilatih begitu sejak dulu. Kita dilatih membuat keputusan berdasarkan rasa hati. Berdasarkan sentimen. Berdasarkan andaian. Kita percaya ustaz dan lebai mesti orang baik dan jujur.  Itu andaian kita. Sukar untuk kita percaya agamawan menipu.  Akhirnya orang yang suka menipu akan menampilkan imej agama.  Bersembunyi disebalik jubah agama adalah cara senang untuk melakukan pelbagai kecurangan. Tak kan lebai nak menipu ... kata P Ramlee dulu. 


Hakikatnya, yang menjahanamkan negara kita selama ini adalah pemimpin-pemimpin politik Melayu dan beragama Islam. Mereka yang gadai tanah orang Melayu.  Mereka yang songlap duit MARA dan FELDA. Mereka yang songlap duit Tabung Haji. Mereka yang biarkan bangsa Melayu mundur.


Dulu yang buat tu Melayu yang pakai kot dan tali leher. Hari ini Melayu yang pakai jubah dan ketayap pun perangai serupa.  Lagi senang nak menipu orang dengan berpakaian jubah agama.

No comments: