Siasat kebocoran surat rasmi di istana - Pro98 Reformis


Kebocoran surat rasmi Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Yang di-Pertuan Agong dan tersebar di laman sosial sejak beberapa hari ini amat mengejutkan.

 Bagi Pengerusi Pro98 Reformis, Dr Badrulamin Bahron, kebocoran seperti itu tidak seharusnya berlaku dalam institusi istana dan melibatkan Agong.

 Sehubungan itu, katanya, pihak berkuasa wajar menyiasat segera hal berkenaan dan mengambil tindakan kepada individu yang membocorkan dokumen tersebut.

 "Pro98 Reformis mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan khianat ini memandangkan istana adalah institusi tertinggi dalam negara. Kejadian ini boleh meruntuhkan wibawa istana dan sekaligus boleh menghakis keyakinan rakyat terhadap kemuliaan istana.

 "Pro98 Reformis dengan ini menyeru setiap rakyat yang perihatin untuk bangkit membela kesucian istana dan menuntut agar pengkhianat segera disiasat dan dikenakan tindakan sewajarnya.

 "Pro98 Reformis turut mengajak NGO-NGO dan juga individu tampil membuat laporan polis berkenaan isu ini pada kadar segera," katanya dalam satu kenyataan.

 Surat Anwar kepada Yang di-Pertuan Agong mempersembahkan beliau telah memperoleh sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen yang bocor ke laman sosial menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat berhubung keselamatan data peribadi di negara ini.

 Sekiranya surat tersebut adalah asli maka timbul persoalan apakah dokumen lain yang kurang penting sifatnya akan lebih mudah dibocorkan dan didedahkan kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

No comments: