APA YANG SAYA TAKUTKAN AKHIRNYA TIBA

 


Image may contain: text that says "SARINGAN KOMUNITI PULAU OMADAL, SEMPORNA Perkongsian: Cikgu Jefry Musa SADM INFO APA YANG SAYA KUTRYA TIBA "semua penduduk lari menyorok di rumah, hutan dan belakang pulau. Pegawai-pegawai perubatan cuba memanggil, namun tiada orang juga, katanya takut.""


Hari ini, terdapat saringan komuniti di Pulau Omadal. Suasana pulau terus menjadi sunyi, semua penduduk lari menyorok di rumah, hutan dan belakang pulau. Pegawai-pegawai perubatan cuba memanggil, namun tiada orang juga, katanya takut.

.Disebabkan keadaan sudah diluar kawalan, saya turun sendiri pergi bercakap dengan komuniti Bajau Laut. Diantara perkara yang mereka takut adalah ditangkap polis, hidung berdarah, dicucuk jarum (inject), sakit ketika diperiksa dan dibawa ke hospital. Saya menjawab semua ketakutan mereka.

.Saya berjaya membawa hampir 50 orang pergi memeriksa. Setiap orang memerlukan 15 minit untuk mendapat keputusan, saya dimaklumkan keputusan daripada kaedah ujian ini adalah 100% tepat. Saya cuba memberitahu kepada pegawai perubatan tentang ketakutan mereka untuk dibawa ke Hospital, takut berpisah dengan keluarga, takut keluar daripada pulau, takut sakit dirawat doktor, takut ditangkap polis.

.Jika tidak difikirkan dan mahu diselesaikan dengan kekerasan (memanggil polis), saya percaya mereka akan lari lagi seperti hari ini. Perkara yang sama berlaku di Pulau Dernawan dan Bangau-Bangau, akibatnya covid akan merebak ke tempat-tempat lain. Saya cadangkan perlu dibuat pusat kuarantin di pulau-pulau yang ada kes, saya percaya ini dapat menyelesaikan dilema komuniti disini. Namun siapalah saya ini, cikgu kampung saja.

.Pada waktu petang saya dimaklumkan tentang jumlah keseluruhan keputusan ujian disini, saya terus terduduk dan menelefon ibu saya. Hanya suara ibu saya saja yang saya mahu dengar sekarang.

.Kredit Perkongsian Tulisan/Gambar: Cikgu Jefry Musa

DIKONGSI HAMDAN TAHA