GENCATAN SENJATA? BARU TERFIKIR GEJALA COVID?





Lihatlah perangai pemimpin hipokrit.  Nyawa dihujung halkum baru terfikir untuk gencatan senjata?  Baru terfikir tentang rakyat derita kerana Covid?  Menteri tidak derita kan?  

Gencatan senjata patut berlaku pada bulan Feb lalu, di waktu Covid mula menyerang, di waktu kjaan PH sedang menanganinya.  Tapi mengapa ketika itu kamu semua 'serang hendap" kami?  Kamu rampas mandat rakyat tanpa belas kesihan?  Tidak cukup dengan itu, kalau boleh semua negeri kamu nak rampas.  Ini semua berlaku di tengah Covid melanda.  Waktu itu pernah kamu fikir tentang rakyat?  Mana suara mereka yang kononnya alim ulamak dan tok peti?   Mulut terkunci?  

Hadi Awang tidak perlu bersuara sekarang.  Kamu juga tidak berhati perut kerana sanggup bersubahat merampas mandat rakyat ketika Covid.  Bila kamu terasa kamu akan hilang kedudukan dan kemewahan dunia yang kamu kecapi sekarang, baru kamu terfikir tentang Covid?  Sudah nazak, orang dah bacakan Yaasin, baru terfikir mahu makan ubat?  

Jangan ingat rakyat bodoh.  Rakyat tahu kesemuanya berpunca dari kerakusan dan ketamakan kamu semua.  Hipokrit!! 


WFAUZDIN NS



No comments: