Garap


Usai Dsai mengadap Tuanku...sehari selepas itu bergentayangan pelbagai tulisan dan komentar berbentuk persepsi memperkata tentang Dsai...

Segala usaha digerakkan..siapa sahaja musuh pembenci Dsai akan digunapakai...ini termasuk bekas Ketua Polis Negara Hanif Omar...yang juga salah seorang  "orang atasan" disyarikat Goh Chok Tong...billioner judi Genting...juga pengerak Majlis Dakwah Negara katanya??? 

Ada juga professor yang ditemubual dalam siaran Tv dan sebagainya...dgn memberi gambaran Dsai ini tidak layak mentadbir negara ini.., dan salahsatu gambaran yang selalu dimainkan ialah Dsai ini seorang Liberal...;  cucu siapakah yang gambar lucah bogelnya tersebar luas dialam maya, cucu dan keluarga siapakah yang norma hidupnya seumpama bangsa barat?

Terbaru...golongan agamawan juga digunapakai sebaik mungkin dengan bermacam ulasan dan "fatwa" dihambur bagi mengagalkan usaha Dsai

Dinlai dari sudut situasi semasa dan tujuan fitnah ini dimainkan....sebahagian mereka-mereka ini adalah kuncu-kuncu belaaan D95...Dalang95

Juga dari pihak yang sekian lama bergelumang dengan rasuah dan sebagainya

Mereka-mereka ini diperguna saat tertentu saja...saat negara ini bersedia diubah kepada SISTEM pemerintahan lebih baik untuk rakyat...saat Dsai sudah punya peluang untuk melakukannya dan menzahirkan kehendak rakyat mengikut kemampuan negara ini dan tentunya...mengikut acuan sebenar rakyat Malaysia yang pelbagai kaum

Kenapa golongan ini begitu dengki dengan rakyat?

Kenapa tak mahu lihat negara dan rakyat seiring dalam kemajuan...selari dengan pembangunan....berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan mereka yang bergelar pemimpin? 

Atau..sememangnya taraf rakyat itu rendah tiada nilai....berguna dikala undi dituntut sahaja? 

Hanya bangsa Melayu pengikut mereka-mereka ini saja yang boleh menjawab....


Requote  ;

Tadi ada sahabat minta aku komen kononnya satu tulisan dan amaran dari bekas SU Sulit Ds Anwar si Rahimi kononnya bahaya jika Ds Anwar jadi PM.. Apa sebabnya, Sebabnya ucapan Ds Anwar yang dianggap berunsur Pluralisma Agama.. 

Rasanya dia ni dulu lah berperanan bawa Saiful Bukhari ke dalam team Ds Anwar.. jadi alat Azmin lah dulu kut..bab rahimi tu kena tanya Ezam la..

Lepas tu.. lebih lawak lagi, satu tulisan yang sama, Datang kononnya dari Majlis Dakwah negara, Ingatkan siapa ketuai majlis dakwah Negara.. rupanya kononnya kata kata bekas Ketua Polis Negara Hanif Omar..

Aku cuma mampu ketawa jer lah bila dengan Tun Hanif Omar ini ketua Majlis Dakwah negara... Sebab yang pasti dia bekas Naib Pengerusi Syarikat genting Berhad yang ada saham dalam kasino di gunung PAHANG tu..

Lepas tu dok teringat jawapan Hanif Omar dalam Mahkamah, Dia kata takda ayat kata Judi haram dalam Quran... orang Macam ni kononnya nak jaga Islam ? sama lah hat hangpa dok sangka depa tu jaga Islam..

Kononnya Anwar pernah berucap.. antara kata Ds Anwar.. 

"Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu serta yang lain, saya percaya bahawa kebenaran-kebenaran yang paling tinggi (higher truths) akan mengatasi amalan- amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali...."

Tang mana salahnya ? itulah Uslub dakwah.. Apa yang Pluralisma nya ? Itu lah konsep Kalimatun sawaa'..Zakir Naik pun dok guna slogan "similarities between islam and hinduism", anak murid zakir naik lagi hebat.. .. Dia kata, We Love Jesus.. Tapi kami tak kata itu Pluralisma..

Dalam Quran Konsep Kalimatun Sawaa ini disebut dalam Quran...Pada Agama manapun, Selagimana dia Beriman kepada Allah, mereka adalah Saudara kita..

Itu sebabnya dulu Almarhum Tok Guru Nik Aziz, selalu menggunakan seruan "Kalimatun sawa".. Titik persamaan antara kita dalam Agama dan Politik dan akhirnya menyeru seruan tauhid kepada Allah..


sebagaimana Firman Allah..


قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا..


"Wahai Ahli Kitab, marilah kita(berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun..


tu sebabnya, Dalam banyak firman Allah.. Ayat yang menceritakan tentang Nabi Nabi terdahulu, Mereka dinisbahkan sebagai Muslim..وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ..


وَوَصَّىٰ بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَىٰ لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ..


Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'qub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam"..


(Al Baqarah - 132)

Tapi bani Melayu bukan boleh kira, Semua Kapir..Semua Wahhabi,Semua Syiah kalau berbeza pandangan..tu belum dikata Liberal..

Ds Anwar memang bukan seorang yang Alim sangat dalam hal Agama, Tapi bagi aku Ds Anwar diantara orang yg Faqih.. faham kehendak dan falsafah dalam beragama.. Tu sebab Ds Anwar dulu pada usia yang muda mampu tubuhkan gerakan Islam sepeti Abim.. 

kalau nak banding persatuan Mahasiswa Islam hari ini seperti Gamis, jauh langit dari Bumi, standard pemimpin Mahasiswa Islam sekarang jadi alat Ashabiyah..lepas tu cerita pasal drama Melayu, apalagi menghina OKU..

Tu sebab sapa faham, ramai rakan dalam ABIM dulu cukup iri hati dengan Ds Anwar.. bukan sebab Ds Anwar tu Liberal.. tapi Ds Anwar tu berjaya mengangkat Islam dalam Politik dan Ekonomi..Idea penubuhan Perbankan dan Bank Islam,Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa dan pemerkasaan Akta Tabung Haji itu juga sebahagian gagasan Ds Anwar di dalam Politik.. 

tak heran Ds Anwar Berjaya tempatkan diri dalam kalangan Ilmuan dan pemimpin gerakan Islam..  Termasuk lah Sheikh Yusuf Qaradawi.. Sheikh Wahbah Zuhaili..

awal kebencian Haji Hadi kepada Ds Anwar bermula dari ABIM.. Siapa yang faham..Hj Hadi  dari dulu cuba bersaing dgn Ds Anwar di dalam gerakan Islam dan Politik.. yang lain jenis mcm Sidiq Baba.. Ismail Mina yang berselirat tu lagi tak guna..Dah teruk sakit macam tu pun masih dok fitnah Ds Anwar..

Aku bukan semua perkara bersetuju dengan Ds Anwar.. Mungkin ada beberapa pendekatan Politik yang aku tak setuju..Tapi nak anggap Ds Anwar itu liberal.. alat Amerika.. Alat Cina.. bagi aku tu semua Fitnah atas sebab kedengkian dan kebimbangan kepada Ds Anwar itu sendiri.. :)


Ipohmali

No comments: