Muhyiddin perlu bermaruah seperti Pak Lah
Dalam sejarah Politik UMNO.. Paklah antara pemimpin yang berjaya membawa kemenangan terbesar dalam sejarah baru UMNO..iaitu Majoriti 2/3 Parlimen.. Bila berlaku gelombang Hindraf sebelum PRU 2008.. Paklah kalah lebih dari 5 Negeri…
Paklah Boleh saja untuk pertahankan jawatan PM.. Kerusi UMNO sahaja sudah cukup untuk kekal sebagai PM hatta sehingga 10 tahun lagi… Kerusi yang Paklah ada dia dapatkan dari mandat Pilihanraya.. Tak perlu jadi seperti Muhyidin yang mencuri dan menyogok jawatan seperti kata KULI.. Tetapi dia berundur dengan bermaruah… mementingkan Kepentingan yg jauh lebih besar dari kepentingan Peribadi…
Boleh dikatakan Paklah antara pemimpin UMNO yang berjaya melakukan reform dalam Negara.. Antaranya melakukan RCI tentang salah laku Hakim, menaik taraf pendidikan Islam dengan memperkenalkan JQAF..Menaikkan gaji kakitangan awam biarpun akhirnya memberikan kesan kepada perbelanjaan Negara.. Dan membebaskan Ds Anwar Ibrahim..
Imej Paklah masa tu cukup Bersih, dia adalah cucu Ulama besar. Apalagi berjaya membawa slogan Islam Hadhari.. Membangunkan Modal Insan dan pemerkasaan ekonomi terhadap asas pertanian..Tidak ada skandal besar paklah ketika itu melainkan bebanan politik konon menantunya menguasai tingkat 4 Putrajaya.. hakikatnya tidak ada salah laku peribadi sebagaimana Najib razak..
Begitu pun, Bila ketika itu bangkit gelombang Hindraf.. dan berlaku peralihan sekitar 60% Undi Cina.. Pentadbiran Paklah menerima akibatnya..Ketika itu Ds Anwar bijak untuk bersama gerakan masyarakat India dan akhirnya pada PRU 2008 , BN kalah besar.. BN hilang 5 Negeri..
Jadi sepatutnya Muhyidin mengembalikan maruah dirinya, menyerahkan kuasa kepada Ds Anwar secara teratur dan baik.. Tidak sepatutnya mengheret negara dan ekonomi kita lebih teruk semata mata membeli hati dan jiwa rakyat dengan duit…
Biarpun BN hilang 5 Negeri..UMNO tetap kukuh! Hj Hadi masih belum mampu merampas kembali Terengganu.. Ketika itu lah datang2 faktor besar dalam Politik..Pertama gerakan Ds Anwar dalam 16 september dalam meraih undi Sabah Sarawak..kedua gerakan Tun Mahathir jatuhkan Paklah..
Ketika inilah Almarhum TG Nik Aziz bijak manfaatkan Tun Mahathir.. dalam bab ini, Almarhum TG Nik Aziz jauh lebih hebat berpolitik dari Politik Ds Anwar memanfaatkan Tun Mahathir biarpun Tun mahathir kekal tidak mahu bersama PAS..malah Tun kekal memusuhi dan menentang TG Nik Aziz…
Biarpun apa tuduhan Tun Mahathir pada TG Nik Aziz, TG Nik Aziz tak pedulikan.. Tg Nik Aziz lebih memikirkan apa manfaat PAS dan Pakatan rakyat untuk melebarkan pengaruhnya di bandar dan luar bandar… antara yang aku ingat kata TG Nik Aziz.. ” Tun Mahathir ni cerdik orangnya.. kalau dia bersama dgn PAS, Kita akan mendapat Tuah..”
Apa yang dikataka Almarhum Tg Nik Aziz itu akhirnya berlaku dalam PRU 14.. PKR, PH mendapat manfaat dari kerjasama dengan Tun..Biarpun gelombang pada PRU 14 itu tidak semuanya menjadi faktor Tun.. Tetapi gelombang yang wujud ketika PRU 14 sama seperti gelombang PRU 2008.. iaitu pertentangan Tun terhadap presiden UMNO…
Aku sama seperti Tg Nik Aziz.. aku lebih mementingkan Manfaat apa yang lebih kita perolehi dari matlamat parti dan indvidu.. Jadi untuk melakukan Islah melalui Kerajaan dan pentadbiran itu lebih aku utamakan dari kepentingan parti dan pemimpin…
Itu sebabnya..Biarpun DAP itu suatu masa dulu beban bagi PAS terutama melibatkan kepercayaan orang Melayu..Tg Nik Aziz selalu pertahankan prinsip itu.. Kata Tg Nik Aziz.. Contohi seperti Perjanjian Hudaibiyah.. Ketika itu Nabi diminta untuk padamkan nama Rasulullah(Sebagai amirul mukminin) , kata Tg Nik aziz ketika itu sahabat tidak setuju… Dan Nabi tetap suruh Saidina Ali padam kan perkataan rasullulah itu dengan air liur dia..
Kata Tok Guru Nik Aziz..yang Penting.. Islam boleh bergerak… ya memang Benar..Selepas langkah Politik Tg Nik Aziz itu, PAS akhirnya menguasai undi bukan islam di kawasan kawasan bandar Besar dan akhirnya menguasai negeri maju Negeri Selangor.. Sehinggalah datang Haji Hadi merosakkan segala legasi dan kerja baik Tg Nik Aziz…
Semoga Allah merahmati Almarhum Tg Nik Aziz..