ANWAR DIKENALI SEBAGAI PEMIMPIN YANG SETIA DAN TAAT KEPADA ISTANA BERBANDING DENGAN MAHATHIR



Anwar arrives at Istana Negara


Anwar tiada rekod buruk terhadap Istana, bahkan Anwar terus setia dan taat dengan Istana. Apabila Kak Wan dicalonkan sebagai MB Selangor dahulu, terdapat masalah dengan Istana, Kak Wan undur diri dan taat. Sebaik saja Anwar dibebaskan dari penjara, tempat pertama beliau kunjung adalah Istana di semua negeri.

Cuba semak balik rekod Mahathir dengan Istana. Oleh itu, apa jua perancangan Mahathir melalui Muhyiddin dan Azmin haruslah ditolak kerana orang tua ini bukan saja pernah khianat kepada Umno itu sendiri, tetapi khianat kepada PH.

Penolakan Umno terhadap Muhyiddin dan Azmin sudah pasti memaksa Mahathir merana di dalam penghujung kerjaya politiknya. Walaupun Anwar pernah melawan Umno, tetapi Anwar tidak tergamak untuk merancang mengharamkan Umno. Mahathir ada sejarah mengharamkan Umno dan Muhyiddin juga pernah berhasrat untuk mengharamkan Umno, tetapi berjaya dinasihati oleh Anwar untuk tidak berbuat demikian. Anwar akan berlawan dengan musuh politiknya secara jantan bukan secara dayus dan bacul seperti Mahathir.

WFAUZDIN NS