Media jadi batu api menjelang PRN
Ipohmali
Betul tak apa aku cakap.. Tuntutan Filipina, Isu PTI itu akan dijadikan modal Pilihanraya bagi UMNO.. aku dah nampak petanda dari awal.. sama seperti menjelang PRU 13..
Ingat masa PRU 13, Yg kononnya bagi Maklumat dari kerajaan Filipina, kononnya Ds Anwar ada peranan dan dalang peristiwa lahad Datu.. bila Kerajaan Filipina buka mulut dan buat Tuntutan.. ada lah tok dalang dia..
Tapi tu lah..Kalau pemimpin tak berhati hati.. Jadi , korang masuk lah Perangkap UMNO.. Si Mohamaddin Ketapi tu mmg dari dulu suka bercakap suka hati dia.. biarpun dia cakap tu ada yang benarnya.. dari sudut Politik bila sentuh soal Keselamatan, kena berhati hati..
Aku yg bukan orang Politik ni pun tulis dua tiga Post pun aku masih berhati hati sentuh soal keselamatan.. sebab aku tahu itu perangkap depa… benda mcm tu nak sembang kedai kopi boleh lah…
Ingat lagi..Bagaimana Anwar Ibrahim, Nurul Izzah diheret dalam cerita dan Drama Lahad Datu menjelang PRU 13 tu… cuma Warisan kali ini bernasib baik, Utusan tak sejahat dulu.. dan UMNO takda penguasaan penuh pada media.. Kalau tak senasib dengan Nasib Ds Anwar menjelang PRU 13..
Seperti aku bagi hint semalam.. Kerja main sentimen Agama, Soal kedaulatan ni.. Mastermind dia org yg sama jer.. Sebenar benar Pengkhianat Negara 🙂