" Hari pengundian semakin hampir, kerajaan sementara yang ada sekarang tidak boleh membuat keputusan untuk menyelesaikan kemelut ini, maka saya menyeru kepada semua rakyat Sabah agar sentiasa menjaga kesihatan dan mematuhi SOP yang digariskan oleh SPR semasa turun mengundi sekali gus dapat memilih pemimpin yang benar-benar prihatin dengan kesengsaraan rakyat Sabah." (petikan)
Begitulah cara kumpulan penjual agama berkempen. Tidak cukup dengan agama, isu Covid19 pun mereka mahu babitkan dengan politik. Adakah beliau lupa Kedah juga terbabit dengan berbagai kluster? Macam la Kelantan tu bagus sangat. Tidakkah beliau tahu Kelantan adalah di antara negeri paling tinggi rekod HIV dan aids? Termiskin pun Kelantan juga walaupun rakyatnya tadah air hujan anugerah Allah.
Siapa menteri yang bodoh yang ke luar negara tapi tidak ikut arahan SOP kuarintin diri, kalau bukan menteri dari puak penjual agama? Mahu ajar rakyat Sabah, rakyat negeri sendiri pun tidak terurus. Paling tidak, Syafie Apdal tidak minta rakyat Sabah hanya tadah air hujan untuk minum.
WFAUZDIN NS